Saturday, September 29, 2012

bagaiman rasa bila ada yang lain


selepas hari itu,
aku tak jumpa dia.
aku tak teks dia.
aku langsung diam.
dia juga sama.

aneh,
kami memang begitu
ada rasa seperti tiada
masing-masing punya sejarah sendiri
masih hijau untuk terlalu bercerita

hari ini,
jangan tanya apa ku rasa
dalam ribut ada senyum
dalam samar ada pasti
dan akhirnya ada janji lagi yang perlu kami tepati

semoga esok,
kami bisa senyum bila ketemu
biasa berdiri berjalan sehala walau bukan seiringan lagi
dan semoga esok juga kami biasa luah rasa
dan dia bisa terus jujur ungkap rasa tanpa selindung lagi!

amin, Ya Rabb~~

Monday, September 10, 2012

hari-hari ku

bila hati jerit ingin bercerita
tapi tangan tidak memegang apa-apa
dan minda di asak aliran darah merah penuh kata
sedang lidah kelu dan mata cuba pejam untuk menutup rasa itu
lalu aku sedar biar semua itu terus pendam dan jadi rahsia jauh di dalam sana!

setiap hari yang aku lalui terselit penuh rasa yang sukar diungkap
pagi tadi hingga petang hari ini, aku lihat arah yang sama dengan keindahan yang berbeza,
subahanallah, sesungguhnya ciptaan Allah itu terlalu sempurna.
hingga kadang-kadang walau sesakit mana pun yang ditanggung
saat aku tutup rapat mata dan cuba kosongkan minda, ada ketenangan di situ!

ada ketikanya aku cuba berdiri saat kaki terasa rapuh untuk bertahan
dan saat jantung laju berdetak aku resah sendiri menghitung hari
bila aqal fikirku beku dan tepu sedang lidah tak bertulang ini lancar menghunus kata
akhirnya aku sesal sendiri di satu sudut berteman air mata penuh sesalan
sungguh, aku terlalu kecil dan hina untuk terus bertahan saat hati dilukai dan melukai tanpa rela!

salahkah untuk keinginan sekecil itu aku suarakan?
aku yang dahulunya penuh angan-angan dan sampai saat ini ingin milikinya?
tolong jawapkan bila waktu itu aku sudah terlalu lemah untuk menghadapinya
kalau kerana melukis warna impian dari mimpi semalam itu membebankan
aku minta jangan biar aku terlena lagi hanya untuk rasa sakit seperti saat aku menulis ini!