Tuesday, January 24, 2012








semalam  banyak kenangan yang tertinggal, susah rupanya bila terpaksa buat keputusan kan??kadang- kadang kita tak sedar yang kita banyak belajar melupakan perkara penting yang berlaku dalam hidup kita!!..mungkin pada masa tu, kita janji takkan lupa walau seinci pun perkara yang berlaku, tapi esoknya benda lain yang terjadi!!.

blog ni sebenarnya bukan yang pertama, sebelum ni sudah ada yang lain tapi bila fikir balik mungkin apa yang tertulis di dalam blog tersebut cuma banyak bermain dengan perasaan sendiri yang kurang matang, bukan nak kata yang sekarang ni saya dah cukup matang tapi jika dibandingkan dengan dahulu, kiranya siapa saya hari ini mungkin lebih bersifat telus dalam sesetengah perkara yang rasional hidup memang perlu untuk jadi seperti siapa saya pada hari ini..secara jujur, blog ini tercipta bukan untuk bercerita tentang perkara yang saya rasakan hanya sia-sia tapi mungkin ada sesuatu yang dalam hidup ini saya perlu untuk luahkan..bukan juga dengan tujuan awak yang bakal baca blog ini untuk perlu memahami siapa saya dan bagaimana mungkin cara hidup saya, cuma saya harap apa yang perlu jika ada perkara dalam seharian hidup saya ini mendatangkan kebaikan dan faedah untuk awak, ambillah sebagai panduan dan jika perlu jadikan sebagai iktibar dalam perjalanan hidup kita yang kita sendiri  tidak tahu panjang pendeknya, lurus bengkoknya dan pahit manisnya!!.

ini sedikit tentang diri saya, merupakan anak ketiga dalam sebuah keluarga yang agak besar juga, seorang graduan daripada sebuah IPTA tempatan di utara semenanjung MALAYSIA...saya merupakan anak jati di sebuah bandar paling utara di peta BORNEO..serius saya katakan,saya amat teruja untuk melihat cahaya dan warna lampu- lampu yang menerangi segenap ruang kota dan di sekeliling jalanan yang saya pernah lalui..tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa saya benar-benar telah JATUH CINTA dengan setiap cahaya lampu!! pernah masa kecil dahulu saya bercita- cita untuk membuka perniagaan menjual lampu-lampu yang pelbagai bentuk dan mempunyai berjuta warna-warna sekaligus ingin membuka kilang yang membuat lampu!!..<<indahnya impian waktu kecilku!!=))>> & satu hal yang pada hari ini telah lama saya kecapi, saya akhirnya berjaya sampai ke kota yang dahulunya saya impikan untuk berada di tempat itu sendiri untuk menyaksikan betapa indahnya cahaya neon disitu!! GREAT, U ARE REALLY AWESOME KUALA LUMPUR!! i had been there when i wish i need to be there!! thanks for all, terima kasih untuk mak dan ayah, teima kasih untuk kakak dan semua!!

Sejujurnya saya amat menyayangi setiap ikatan persahabatan yang terjalin antara saya dan sahabat- sahabat saya!!sayang dengan cara dan perwatakan saya dalam menjaga dan menuruti setiap watak sahabat yang saya kenal dan rapat!! saya merasakan perkara penting dalam sebuah persahabatan itu perlu mendapat restu dan keizinan daripada mak dan ayah saya!!..mungkin itu sesuatu yang awak tak pernah sangka bukan??tapi bagi pihak saya, setiap perkenalan yang saya lalui, dengan siapa saya berkawan, mak dan ayah serta keluarga saya perlu tahu!! kenapa?? sebab itu adalah cara saya!!..awqak rasa leceh, rimas?? maaf awak, kita mungkin berbeza dan tidak sama..=)

jika dahulu, bila saya rasa perlu menulis barulah saya akan menulis, tapi insyaAllah, blog ini akan sentiasa ter update!! di sini, ada sesuatu yang ingin saya kongsi bersama dengan awak yang baca blog ni, saya rasa hati saya telah di curi sesuatu!!.heheheh~~

daaadaaa~~=p

No comments:

Post a Comment