Wednesday, June 27, 2012

-ucapan hati-

aku tak mampu untuk membaca hati kamu
kamu juga manakan mungkin mampu baca hati ini
tiada siapa pun antara kita yang mampu
bila yang tersirat itu tak mungkin akan jadi yang tersurat.

luka itu tiada siapa mampu sembuhkan
hati mana bisa di ganti di beli
biar dirawat tetap masih tertinggal calar semalam
biar senyum terlihat namun masih ada duka yang tersimpan

walau ada yang datang mengganti duka jadi suka
tetap hanya hampa yang kurasa makin bertambah
yang ku tahu rasa itu sekalipun tapi cukup menyakitkan
hanya mampu buatkan diri lemah airmata menitis lagi

kadang aku terfikir saat jatuhku tak ingin bangun
biar terus kaku terduduk diam di hujung sana
tapi saat itu tidak pernah hadir lama denganku
kerna ku pasti ada yang masih terlalu sayangkan aku

lalu saat itu aku terlalu berharap
aku cukup ingin mohon dalam hati
biar hidup ini sunyi tanpa bunyi
jangan datang jika tak punya niat yang jelas.

Saturday, June 23, 2012

sewarna

dulu langkah kita sehaluan
kita diam tapi faham hati memasing
duduk tak perlu banyak bicara
sebab malu kita masih tebal.

waktu itu kita masih bersama
aku ajak engkau ikut
aku minta jarang engkau tolak
dan yang pastinya rasa malu kita sentiasa terjaga
bagus kan

kini aku perasan sesuatu
bukan rasa malu itu telah hilang
tapi mesra kita makin jauh
lalu aku terfikir sesuatu
memang ini yang terbaik..


Wednesday, June 20, 2012

iman

iman!

jika di tanya cukup tebal ke tidak?
apa harus ku jawab..
bila yang ku tahu imanku hanya senipis kulit bawang!

iman!

aku turut kenal seseorang yang namanya iman.
datang menyapa saat aku rasa cukup ragu-ragu untuk menyambut salam dihulur
hanya kerana aku seorang perempuan yang penuh prejudis terhadap adam.
MAAF jika kenyataan ini buat kamu tersentap!.

kadang-kadang kejujuran menyakitkan!
tapi bila hipokrit, mula la keluar kata nista.

saya & iman,

siapa pun kamu dan apa niat kamu
ketahuilah, dalam diri ini juga sedang petahankan sesuatu yang teramat berharga
iaitu IMAN dan MARUAH.
bila kamu jujur, hati ini tidak akan selamanya tertutup wahai si dia yang bernama iman!.

Sunday, June 17, 2012

lari dari rasa rindu

rindu?

ya terlalu sakit bila perasaan tu datang.
lagi sakit bila kita xmampu buat apa-apa untuk lepaskan rasa itu.

ingin

sangat teringin untuk ambil hp buat 1 panggilan..
tapi tak mampu.. bukan ego atau nak buat mogok.
tapi tak mampu dengar suara itu lalu airmata menitis lagi
sebab tak tahan dan tak cukup kuat.

sumpah

sayang ini tiada hujungnya..
tidak terbanding dengan apa pun
walau nyawa jadi gantinya..

tolong

1 pengertian tu sangat bermakna.
memang orang lain tak kan paham tapi cukup lah kita paham memahami
dan Tuhan itu maha tahu apa di sebalik hati yang cukup rindu ini.

always love:
your  lil sis~~

Friday, June 1, 2012

 hai, hai awak~~~

yuhuuuu..sangat2 happy!.konfem. thesis dah siap and dah anta pon 31 mei 2012 khamis tu. officially, saya boleh tersenyum riang sekarang. tapi tak sure lagi dapat apa. takut pun ada juga. tak nak la pisang berbuah 2x kan. sedih la camtu.nanti bila pulak saya nak grade kan diri ini. inshaAllah everythings gonna okay.

lama kan tak ber-update belog ni, sumpah saya busy sangat-sangat. tidur pun kurang. tapi sekarang dah kembali normal. hihihi~~ eh, happy june all. happy mid in years of 2012.

sekarang hobby baru tengok tonton!. saya kan dulunya tak suka tengok cerita kat tv kan? tapi memandangkan sekarang ni tak ada kerja sangat, penganggur tegar!.hahaha~~ so, kite dah rajin tengok tonton!. best juga.macam-macam cerita. paling suka tengok cerita-cerita sempoi and easy to digest. tak nak la tengok cerita-cerita berat plus seram-seram ni. lagi satu, kite suka tengok cerita 'sebab suka'. best.. real story and admire sangat-sangat. 

okla awak-awak semua, nanti sambung lagi. nak pi carik makan dulu.hihi~~ daadaa awak-awak.. with love, =)  saya!. <3