mahu aku ucap apa lagi?
sudah banyak kali aku begini.
aku juga tak ingin semua ini berlaku
semua ini bukan ingin ku
Ya Allah Ya Tuhan ku, tolong lah aku yang cukup lemah ini..
kalau dengan menyimpan jauh dalam hati ini bisa jadi cukup sempurnakan semua.. ya, aku pernah cuba.. lalu aku tewas! entah kerana apa.. mungkin khilaf ku sendiri! kerana mana mungkin mereka silap..
mungkin aku terlalu banyak menyimpan.
hingga semua telah jadi nanah dalam hatiku.
atau kerana aku terlalu banyak berharap suatu nanti.
maka itu juga telah jadi racun memakan diri sendiri.
Ya Rabb, ku mohon Engkau pimpin la dalam setiap langkah ku..
jika kataku tidak secelik makna dalam siratan hatiku,
maka engkau jemputlah aku ketika aku dalam sujudku padamu
jika aku yang terlalu cepat melatah ragam liku hidupku,
maka engkau kuatkan lah hatiku untuk semua ini
Ya Allah, aku juga seperti yang lain, terlalu leka menjaga perasaan sendiri hingga lupa tentang mereka-mereka si pemilik seketul daging merah itu.. sakit dalam hati ini sama seperti yang mereka rasakan juga. kenapa aku tak cukup tenang untuk semua ini. maafkan aku jika semua ini berlaku atas karma hidupku yang terlalu jahil. aku sakit jika mereka terluka. tapi bagaimana jika luka itu aku yang torehkan ke badan sendiri..
Ya Allah, sesungguhnya engkau maha mengerti apa yang aku tidak pernah tahu. aku juga tidak mampu untuk ucap satu perkataan keramat itu. bukan kerana aku terlalu ego, tapi aku takut jika ucapan itu membutakan hati mereka untuk menyedari bahawa aku juga sudah terlalu sakit di sini.
sesungguhnya, hanya padamu aku mohon..
MAAFKAN AKU!

No comments:
Post a Comment