Thursday, April 5, 2012

Tinggalkan Ku

tak biasa diam terus. itu bukan saya. sangat-sangat tak serupa saya.
tapi kamu xpaham!. langsung tiada pengertian.

tak perlu ungkit salah siapa. dua-dua ego. tapi saya tidak sekeras kamu.
bukti? tak perlu. kalau memang kenal perlu ke buat-buat tak kenal?
kenapa baru semalam dua kita kenal? nampak sangat tipu!.

saya tahu. kamu memang sangat tidak kenal diri saya yang sebenarnya.
banyak sangat dalam senarai kamu. entah saya ini yang ke berapa agaknya.
tak mahu ambil tahu. terpulang kamu saja.

saya takut masa saya semakin suntuk. hampir menitiskan air mata lagi. :'(
tapi kamu masih yang sama. mahu tapi bisu. sampai saya kadang jadi keliru. rasa sendiri di sini.

handphone saya memang touch screen. sampai ada masa rasa nak baling jauh-jauh saja telepon tu.
ingat saya tak penat ke dail nombor kamu? ingat saya saja-saja nak telepon kamu?.
sebab rasa lain jadi saya perlu buat panggilan. tapi kamu tak sambut. jangan sampai nanti kamu rasa kesal.
masa tu dah tak guna. mustahil yang tiada datang lagi. saya tak main-main. apa lagi tentang hati.

memang hidup kita tak jangka. tapi tak mustahil apa sahaja boleh kan? kalau kamu baca ini, jangan nangis.
saya dah cuba yang terbaik. saya tahu kamu pun sama. tapi tetap rasa terkilan. sudah banyak hari saya tak tido malam. takut. takut esok tak bangun lagi. cengeng kan? peduli. saya memang camni.

sedihnya kalau esok saya telah tiada. banyak lagi list dalam hidup saya tak buat. mak ayah saya sangat sayang. belom lagi balas jasa. belom lagi bagi kebahagiaan dari saya. belom lagi buat mereka senyum bahagia tengok saya berjaya sepenuhnya.

nanti macam mana dengan rancangan business saya. 12perkara yang saya ingin ada. impian berumah tangga. ada anak dan suami. keluarga yang bahagia. saya nak belajar masak. saya langsung tak pandai memasak even makanan kegemaran saya dan yang lain. sedihnya.

sekarang jauh dari family. jarang sangat balik kampung. mesti saya sedih. semua pun sedih. kamu pun akan sama. tapi tak tahu. mungkin sekejap sahaja. eiii,kadang sakit hati dengan kamu.





No comments:

Post a Comment