assalamualaikum
rasa lama tidak menulis di sini. rasa sahaja. mungkin ya. mungkin tidak. apa pun saya demam.
rasa kurang yakin untuk duduk terlalu lama menghadap laptop ini.
demam buat saya rasa diri ini terlalu kecil dan lemah. penuh hampa. tapi masih sempat melayan sms-sms kawan-kawan yang lain. kerana demam itu juga, saya skip kerja. skip buat thesis yang belom 1/4 pun siap itu. pendek kata semuanya tergendala.
cuaca dalam kota sintok ini tidak menentu. boleh sahaja pagi ini cerah. tengahari itu terik. tiba-tiba petang itu hujan turun mencurah-curah bersama petir dan guruh sekali. indah kan, dalam masa sehari saja penghuni di sini boleh merasakan sekaligus tiga perubahan cuaca yang drastik. syukur, anugerah tuhan itu tiada tolak bandingannya.
hati penulis entri ini juga sering berubah. berubah 360 darjah. perubahan yang tidak disengajakan. kelemahan yang entah akan bakal mengundang apa pula selepas ini. menaip entri ini bersama lagu serabut yang lekap kuat di telinga besama bunyi guruh yang berlumba-lumba memecahkan perasaan pelbagai di hati setiap penghuni sintok.
No comments:
Post a Comment