Tuesday, March 27, 2012

Dia,
berkenalan secara tiba-tiba. serius sangat tiba-tiba dan tidak pernah dirancang. di suatu tempat yang saya tidak pernah duga. tapi Tuhan sudah tetapkan pertemuan ketika itu. saya terima dengan senyuman.

Dia,
lelaki pertama yang saya serius rasakan serasi dan tiada penyesalan serta perasaan ragu-ragu malah bersyukur dia menjadi teman makan malam ku pada 18hb february 2011. >LADIES GUEST NIGHT< itu nama dinner pada malam itu yang saya perlu hadiri. dalam erti kata lain, WAJIB!. fikirku, dia sesuai untuk hadir ke majlis sebegitu kerana dia bijak membawa diri dalam function sebegitu. =)

Dia,
rasanya telah menjadi sebuah memori yang perlu diingati dan dikenang untuk seumur hidup ini. perjalanan hidup sebagai seorang antara ribuan mahasiswa menjadi lengkap dengan hadirnya. anehnya, saya tidak pernah merasakan lebih dari sesuatu yang jauh dari makna kawan dengannya. rasanya dia juga sama seperti fikiran ini. cuma pandangan orang di luar sana yang pelbagai tidak mampu untuk saya atau dia baca. saya tidak ingin berbohong, bukan tiada kawan wanita saya yang cuba bertanya dan menelaah status perhubungan kami, tapi apa yang boleh saya berikan sebagai jawapan jika bukan 'kami hanya kawan wahai kawan-kawan ku sekalian'. susah sangat, anggap sahaja kami teman tapi mesra. atau saya yang buta membaca hatinya?

Dia,
mengenalinya dan dekat dengannya membuat saya kadang-kadang keliru. saya belajar untuk memahaminya sedalam mungkin tetapi ternyata apa yang saya rasakan, semakin saya ingin memahaminya, semakin saya tidak terbaca fikirannya. hypothesis yang terlalu negatif!. mungkin kerana kami berdua adalah daripada kutub yang berbeza, membuat saya kadang-kadang celaru dengan tutur katanya, laku gayanya dan layanannya. sungguh saya wanita tiba-tiba merasakan kaum adam lebih complicated berbanding hawa. baiknya dia mungkin kerana merasakan saya kaum lemah yang perlu dilindunginya.


Dia,
terlalu baik. tidak terlintas untuk saya pergi jauh dari dia. tapi jika suatu masa, dia meminta untuk meninggalkan dan ditinggalkan, saya akur. kebaikannya serta sifatnya membuat saya akan sentiasa menghormati setiap kata putus darinya. jujur saya katakan, mengenalinya satu anugerah yang besar maknanya untuk seorang wanita seperti saya. mungkin kami akan jauh suatu masa nanti, tapi setiap kenangan yang tercatat antara saya dan dia sebermula dari bumi utara peninsular ini sehinggalah ke borneo tanah lahirku nun jauh di seberang laut china selatan sana akan sentiasa segar dalam lipatan sejarah hidup saya.

Dia,
sentiasa ada bersama saya diketika saya sangat memerlukan seseorang sebagai peneman. kata sahaja apa saya ingin dan walau di mana sahaja saya berada, prinsipnya pada saya "insyaAllah wak, kalau dapat dan tiada halangan saya datang". perkataan itu selalu dia ucapkan pada saya. dan selalu menjadi kenyataan. ingat lagi saya, jarak itu sangat jauh dan mungkin mengundang bahaya padanya. tapi pada hari BESAR itu, dia berdiri di depan saya. apa harus saya katakan lagi? saya, tiada keluarga yang hadir untuk melihat kejayaan kecil-kecil itu yang memerlukan saya berkorban besar-besaran untuk meraihnya tetapi dia hadir sebagai seseorang yang bukan juga tetamu tapi cukup saya katakan dia terlalu 'istimewa' untuk hari itu dan selamanya. mungkin keluarga saya tidak mampu menghadiri hari ulung itu, tapi Allah tidak pernah kejam pada hambanya. Tuhan utuskan dia untuk saya hari itu sebagai hadiah yang sangat tidak ternilaikan. ingat lagi saya waktu itu, saya sangat terkejut. kelu. diam seribu bahasa. lalu saya tersenyum manis padanya. itu sahaja yang mampu saya berikan. AWAK, kalau tiba-tiba awak terbaca entri ini, dan kebetulan masa ini adalah sudah menjadi tidak sesuai untuk awak membacanya, saya minta maaf sangat-sangat. tiada niat lain melainkan di sini saya ingin mengatakan "terima kasih banyak-banyak untuk semua kenangan yang awak berikan kepada saya"

Dia,
penuh dengan kejutan. kejujurannya dan keikhlasannya menambat hati saya. tapi jika untuk menjadi seorang kawan itu sudah cukup antara kita, saya terima dengan ikhlas dan hati yang senang. duduk seorang tidak menunggu sesiapa, lalu dia muncul di hadapan saya!. terkejut kan?. saya terdiam. hari ini dia muncul dan duduk bersama saya di hadapan bangunan uum varsity mall ini. sekejap, terlalu sekejap dan mungkin hanya untuk seketika saya rasakan. cukuplah. saya tidak akan meminta yang lebih lagi. rasa bagai saya bermimpi, masakan dia yang jauh nun di kota metropolitan sana ada di depan mata. tapi dia telah buktikan bahawa yang dia benar-benar datang walaupun bukanlah atas suka-suka melainkan tanggungjawab kerja, tapi keikhlasannya untuk mencari saya semata-mata untuk bertemu pada petang yang benar-benar mencemburui pertemuan saya ataukah dia itu sudah terlalu cukup buat saya terdiam dalam fikir sesuatu. sungguh tak tipu, petang itu saya lihat dia sangat ikhlas untuk datang bertemu saya. lalu saat menaip entri ini saya terfikir sesuatu 'pernahkah untuk melakukan sesuatu yang berkaitan dengan diri ini dia tidak pernah ikhlas lakukannya?'

Dia,
cukup istimewa hadir dalam hidup saya. saat saya rasa saya tidak berteman selain Allah, dia hadirkan diri. sungguh walaupun dia bukan kekasih tetapi bukan sekadar teman biasa. melainkan terlalu istimewa!. sebagai seorang wanita dan teman, saya sayang awak.

Awak, ini yang awak berikan selalu kepada saya melalui mesej dalam handphone kan....thanks. =)

------------'<@

                          


No comments:

Post a Comment