Saturday, May 16, 2015

rindu sebenarnya nak tulis sini

last update pertengahan tahun 2013. Hmmm.. sekarang dah pertengahan tahun 2015. Aku ingat selamanya tak nak tulis kat sini. Tapi itulaa.. hari ini aku tulis juga kat sini. 

Tak ada apa pun, cuma teringat xlama lagi raya, tapi sebelum raya puasa. tahu tak, aku sekarang keja dengan airlines. Sengsara bak ang. Aku nak balik kampung je pun fikir sepuluh kali nak beli tiket balik kampung. Bukan kedekut, tapi takut takda cuti. 

Sebenarnya, dalam kita berkira soal hidup dan masa depan, aku rasa aku banyak tersasar dari perancangan yang aku buat sendiri. Semua jadi salah. jap aku ada hal nak buat.. baiii 

Friday, August 16, 2013

raya-raya kota~~

hmm..where should start?

assalammualaikum..

ada yang baca ke x ni? xpa, tetap nk tulis jugak.heee :)

hidup ini kita tak tahu kt mn hujungnya kn? kalau boleh semua nk sempurna. hari bahagia nk slalu raih.
tapi kita slalu lupa, x semua org boleh macam tu.

yaa, aku x boleh cmtu.. raya tahun ni aku x balik kg. x raih pun. ak buat part time.
kt mn?? nuu kt kepsi.hihi.. org laen sibuk dok smbut 1st day raya, aku sibuk kerja 1st day.ehee.. nyamannn

tapi aku masih tetap rasa syukur. rezeki itu nikmat.. indah dan menyelesakan ku..
bukan kerana tamak, kerana tuntutan hidup..

d sana aku jumpa kawan baru, petang abes je shift, kawan baru ajak minum ice jelly, tapi tutup. so aku yang ajak dia minum yoyo.. she's so nice!..still young but too mature. adore the way she speak out the issue!..


Friday, June 28, 2013

beli2 mutiara sabah sempena hari raya nnti... harga consider murah2..hihihi

salam semua... nk promot cket.. di sini saya ada menjual mutiara sabah.. kepada yg berminat boleh la hubungi saya di talian 012-8201261 utk tempahan.. blh la lihat2 gambar ye...























Friday, April 19, 2013

cerita hati luka

hati yang menangis~~

apa makna semua ini?
di mana silapnya?
tolong lah beri jawapan sebelum berlari pergi

kalau kamu dari sisi yang sama sepertiku,
kalau kamu benar2 memahami
perlu kah semua ini terjadi
sakit hati ini hanya Allah yang tahu

semalam ku menangis
dan malam tadi hati ingin menjerit
tapi kamu seolah-olah bukan siapa-siapa ku
dan aku hanya perkara terburuk dalam sejarah hidupmu
mengapaaaa??????

kerana ku tak apa lagi untuk ku lakukan
aku menulis di sini agar nanti bila kamu kembali
kamu tahu bahawa hati ini begini saat kamu menghilang

p/s
menulis saat aku sendiri keliru cari punca dan jalan terbaik..tulisan ku jadi cacamerba seperti hatiku kerana ini lahir dari hati yang kecewa atas pilihan singkat kamu!!

to my lil sis, tiada yang seperti kami walau sejuta yang kau temui di luar sana.. kasih ini tidak pernah bias. tidak pernah surut..

Wednesday, March 13, 2013

:)

sayang hingga hujung nyawa

kita takkan pernah sedar
sebab hati kita keras
yakin dia sentiasa ada
sehingga lupa untuk berikan yang terbaik

dear ayah,
ini anak mu yang dulunya kecil
terang2 depan matamu dia semakin dewasa
kalau kadang2 ku menyakitkan
dan selalu menggelisahkan mu
maaf ku mohon
ampun ku pinta

dear ayah
aku terlalu sayang padamu
engkau adam pertama yang ku lihat
yang kasihi aku melebihi nyawamu
yang selalu inginkan terbaik untukku
sanggup korbankan segalanya untuk sempurnakanku
sungguh, sayang ini tiada berinci

dear ayah
aku belom melalui saat itu
tapi harini aku terbaca sesuatu
lalu ku sedari aku belom cukup menyakinkan dirimu
bahawa aku sudah bisa berdiri teguh lewat jauh disisimu
dan aku terlalu takut menanti hari itu
kerana aku takut memikirkan jika masih kesempatan itu tuhan izinkan
aku tertanya sendiri bagaimana aku melalui hari itu jika kamu tiada di sisi menemani
Ya Allah, Ya tuhanku.. izinkan aku dengan izin dan redhamu
aku ingin sempurna untuk sehari itu

dear ayah
bagaimana pun keadaan yang melanda
kamu tetap yang terbaik menjaga
mana bisa aku di sini dan begini hari ini jika bukan kernamu
dan aku tahu kamu menanti sesuatu yang indah dari anakmu ini
dan ku janji in shaa Allah,hari itu akan tiba tepat pada waktunya
amin~~
 

Thursday, January 31, 2013

dalam

aku masih intai laman mu,
tapi tetap kosong seperti semalam,
aku masih ingat kata mu,
lalu aku rasa kelam..

:: aku tak mampu meminta seisi alam memahami ingin hatiku, tapi ku mampu mengubahnya menjadi sebuah harapan dengan doa hari2 ku kepadaNya::

Tuesday, January 1, 2013

cerita dia

kata orang tak kenal maka tak cinta. sudah kenal hati akan timbul rasa sayang.
kamu siapa? kenapa begitu dalam masuk ke hati ku?
ya kita tak mungkin kenal. apatah lagi untuk bertegur sapa bila kita jauh terpisah.
aku baca kisah kamu, tak pernah jemu!

dulu,
kita tak pernah kenal. dan tak mungkin kenal.
baca tulisan hatimu, ada seribu rasa menusuk dada.
kerana kamu aku jadi suka. kerana kamu aku jadi duka.
yang ku tahu kita cukup jauh terpisah.

sekarang,
kita masih tak kenal. dan tak sempat berkenalan.
aku rasa rugi. rugi tak selami hatimu.
aku masih baca kisah mu, tapi sudah abis tentang kamu.
ingin ku katakan di mana lagi aku akan cari ganti
aduhai peliknya hati,
aku bisa mengalir airmata untuk kamu yang tak pernah wujud dalam hidupku
dan ku sedar kini, nyata kamu telah pergi selamanya..
dan hari ini, aku menangis kerana pemergianmu..

anehnya hidup bila kita tak saling kenal tapi aku bisa rasa derita hidupmu.
dan yang ku tahu, kamu terlalu kuat dan baik.

wahai saudara seagamaku, adik ku, sahabat jauhku, aku mendoakan kamu aman di sana.. al fatihah buat mu d sana~~