Tuesday, February 28, 2012

awak,
pernah x kenal seseorang yang awak suka tengok segala-galanya tentang orang tersebut? pernah x awak??


awak,
boleh x awak melupakan orang tersebut tanpa apa-apa penjelasan? boleh ke awak??


awak,
kalau tiba-tiba dia dia datang dan pergi dan datang sekali lagi sebelum pergi dan pergi untuk x akan kembali lagi, rasanya awak boleh ke teruskan hidup bersahaja seperti perkara itu x pernah berlaku walhal hal perkara itu baru sahaja semalam berlalu? sejujurnya awak akan anggap itu hanya perkara biasa ke walaupun dalam hati awak rasa terluka?


awak,
mungkin cerita cinta yang terputus di tengah jalan ataupun cinta yang x kesampaian dengan jalan cerita yang indah sudah biasa awak lihat dan dengar kan? mungkin juga awak sudah ralat sehingga kadang-kadang jika ada seseorang yang bercerita soal hati, awak sebolehnya seperti ingin sahaja mengatakan bahawa betapa BOSANNYA awak dengan cerita itu.


awak,
tapi awak tau x, dulu saya pon pernah sahaja dengan senangnya mengatakan perkara yang sama. tapi lihatlah bagaimana saya pada hari ini. untuk menidakkan ianya pun sahaja sudah tidak mampu untuk menuturkan walau sepatah kata.


awak,
kalaulah awak tahu pada hari ini bahawa betapa sakit dan terlukanya saya hanya kerana sebuah cerita cinta yang tewas! kalah tanpa permulaan yang indah! hancurnya hati ini apabila sahaja langkah itu menjauh tanpa apa-apa kata. hina sangatkah diri ini sehingga begitu tegar dia pergi tanpa kata putus.


awak,
x mengapa kalau sudah itu yang tersurat antara kita berdua.rasanya membenci itu bukan cara yang terbaik.dan menangisi perpisahan itu x akan mengembalikan semula sesuatu yang x pasti.namun kalau masih ada tersimpan sisa pengertian dalam hati dia, diri ini masih ingin kan penjelasan kenapa perlu berlalu tanpa pamitan kerna tingkah yang sebegitu tidak wajar untuk seorang yang masih sedar dirinya seorang lelaki!.









No comments:

Post a Comment