"saat putus asa melingkupiku,
aku memilih tetap maju.
saat tidak faham maksud Tuhan,
aku memilih tetap percaya.
saat tertekan dek banyaknya kekecewaan,
aku memilih tetap bersyukur.
saat semua jalan hidupku berantakan,
aku memilih untuk berserah.
saat ingin menghakimi orang lain,
aku memilih bagi memaafkannya."
by: Carol Kent (A New Kind of Normal).
mesti awak tertanya-tanya kenapa dalam entri ini saya mulakannya dengan kata-kata indah seperti diatas kan?. ya, sejujurnya saya jatuh cinta pertama kali membaca petikan diatas.terlalu dalam maknanya sehingga terlekat kukuh di hati kecil ini.
buku itu saya beli petang tadi semasa menemani seorang teman untuk membeli kanta lekap matanya. bukan saja-saja, dia tertinggalkan cermin mata lamanya nun jauh di kota metropolitan sana. hendak buat yang baru, mahal katanya kos untuk yang baru banding dengan beli lens!.
saya sekali buat pemeriksaan mata. hasilnya, emm kurang memuaskan. saya sangka mata ini semakin sihat. rupa-rupanya TIDAK! rabun silau saya makin bertambah malah semakin buruk. abang selaku owner kedai itu nasihatkan saya supaya buat cermin mata juga.katanya lagi kalau lambat-lambat takut makin bertambah teruk!. saya hanya mampu katakan padanya lain kali lagi saya datang untuk buat. saya tidak bersedia untuk berkaca mata lagi! JANGGAL, SANGAT-SANGAT JANGGAL!. patutlah sejak akhir-akhir ini maigrain saya kerap datang menjenguk!.sakit! sakit yang kadang-kadang tak mampu di tanggung lagi. lagi parah, kalau masa-masa genting terik matahari dan kalau terpaksa berhadapan dengan cahaya, mata ini hanya mampu mengecil dan kadang-kadang tak mampu untuk terbuka lagi.setiap tulisan pun ada masanya jadi agak kurang jelas.
satu tahun setengah dahulu semasa buat pemeriksaan, resultnya tidak lah seburuk ini. abang yang sama saya temui tadi juga yang buat pemeriksaan dahulu tidak juga tergesa-gesa menawarkan supaya saya berkaca mata. tapi hari ini? riak wajahnya nampak sangat-sangat menggesa supaya saya berbuat demikian. ok, sudah! lupakan saja. tentang pakai cermin mata itu, nanti saya fikirkan!.
biar saya ceritakan kepada awak sahaja tentang buku tadi. tajuknya "Hidup ini Pilihan".ada 50 bab semuanya mengenai kisah hidup yang akan membuat kita berfikir. saya belum habis baca pun lagi. baru saja bab 1. ini merupakan buku kedua yang saya beli mengenai cerita-cerita hidup yang penuh dengan nilai teladan dan pengajaran yang cukup bermakna. buku pertama dahulu tajuknya "Chicken Soup for the Soul".
lewat ini, saya terlalu kerap berfikir mengenai sesuatu yang dahulunya mungkin tak pernah terlintas dalam ruang fikir saya. buku voucher telah habis saya gunakan untuk membeli 4buah buku semuanya. 1buah buku itu akan saya hadiahkan kepada seseorang. semoga hadiah itu akan jadi yang paling bermakna untuk sahabat sepertinya. harapan itu terbit bersama satu permintaan yang tidak kecil juga tidaklah terlalu besar!.
No comments:
Post a Comment