saya terdiam sebentar, ya hidup saya hari ini cukup besar walaupun ruang perjalanan yang dilalui tiada bezanya seperti semalam. cuma skrip hidup saya hari ini memerlukan saya menjadi seorang pelakon yang lebih kuat dan tegar dalam hidup.
perkara yang sepatutnya merupakan langkah permulaan saya menjadi sia-sia hanya kerana kecuaian diri sendiri. apa pun bukan saya tidak mencuba mengusahakan yang terbaik tetapi mungkin sudah tersurat dan saya bersyukur kalau itu yang terbaik untuk saya.belajar dari kesilapan! tiada siapa pun yang sempurna tanpa cela di sini.
petang seperti biasa jalan sama yang dilalui semalam ku ambil untuk ke tempat part time yang kedua semester ini. rajin ke saya? ada masanya saya terbeban, lamanya saya rasa sesuatu yang indah. langkah kaki ini juga makin kemas. terfikir hati ini untuk buka minda dan terima pelajaran baru dalam hidup yang entah sampai kapan penghujungnya. di situ, di atas jalan itu, tangan lincah menekan hp menghantar sms td kaku sejenak. nafas di rasakan tidak lagi berhembus.jantung ini sepertinya telah berhenti mengepam. bibir ini diam seribu bahasa. fikiran ini kosong seketika. rasa di hati ini tidak bisa di baca rentaknya. sesungguhnya saya merasakan saya sepertinya telah
tiba-tiba rindu dengan mak ayah, adik beradik nun jauh di utara borneo sana. saya paham kini, diri ini harus sentiasa tidak berhenti belajar untuk menjadi seorang yang perindu kepada keluarga. setia kepadaNYA. baik kepada teman-teman. dan pastinya senyum yang sentiasa ikhlas tidak perlu pilih harus diberi kepada siapa.
serius, saya sampai saat menaip entri ini masih terkejut. tiba-tiba rasa kehilangan. tidak sangka perkara itu memberi impak yang sangat besar kepada saya.
hidup ini bukan sahaja untuk menerima yang kita sedar dan memberi yang kita ada tetapi juga untuk sedia ke atas setiap kemungkinan yang BESAR.
No comments:
Post a Comment