toleh ke kiri, menghadap tingkap berjeriji dawai halus terlihat pokok kelapa yang hampir melambai ke arah ku! senyum sendiri~~ =) kalau dh lepas maghrib, sah-sahnya jendela ini tidak ku buka! saya agak lemah semangat untuk sesuatu yang saya selalu bayangkan tetapi tidak pernah alaminya lagi. tapi rasanya kalau perkara itu terjadi, saya bisa jadi setegar batang kelapa yang tegar berdiri saat angin kencang datang menguji sejauh mana akar yang sedikit mampu menampung ketinggian pokoknya yang gah berdiri sedangkan jika ku lihat batangnya tidak ubah seperti batang lidi sahaja! hohoho~~
maaf, saya jauh sedikit menyimpang dari peristiwa semalam yang ingin dikongsikan bersama awak. lewat malam semalam, seorang teman lama menegur saya dilaman sesawang muka buku. bertanya tanya khabar dan perkembangan diri masing-masing!.saya kan sememangnya skema, dan tentu sahaja jawapan yang penuh skema akan terkeluar sebagai jawapan untuk semua persoalan teman lama itu. Saya agak tertarik dengan pernyataan yang keluar dari teman saya itu, dalam hati saya terpegun dengan semangat yang dia ada. sempat dalam hati saya katakan bahawa dia seorang lelaki yang punya motivasi dan perancangan yang tinggi dalam diri. hendak saja saya katakan kepadanya bahawa saya bangga punya kawan sepertinya malahan bangga dia masih seperti dia yang dulu!.
perbualan ringkas itu turut membuat saya mengenali betapa besarnya perubahan seseorang itu. setiap orang akan berubah cuma saya mahupun sesiapa tidak akan tahu perubahan yang akan terjadi itu adalah seperti yang bagaimana. kadang- kadang dalam hidup ini kita terlalu dibawa emosi lalu jadi seorang yang bukan kita yang dulu lagi. cuma saya mahupun rasanya seluruh isi alam ini inginkan sesuatu perubahan itu haruslah sesuatu yang indah untuk dikenang dan manis untuk ditelan.
seringkas-ringkas perbualan alam maya itu telah sedikit sebanyak membuat saya berfikir secara positif mengenai hidup yang saya sendiri sememangnya tidak pasti panjang pendeknya, hitam putihnya, pahit manisnya, tinggi rendahnya, baik buruknya namun yang pasti setiap kesukaran itu pasti akan berakhir dengan sesuatu yang indah!
awak, sesiapa pun awk yang akan sentiasa setia bersama saya rasanya masih belum kenal cukup-cukup diri saya yang sebenarnya. justeru jangan cepat ingin mengenali siapa saya disebalik tulisan kata hati yang sentiasa penuh dengan luka berbirat dihati malah rasanya telah tertinggal banyak tanda lebam tak tertuam oleh sehelai kain basah. saya perlu keras sedikit sahaja lagi sebelum cukup kuat untuk berjalan seiringan dengan awak.
No comments:
Post a Comment