Tuesday, April 24, 2012

yakin kan hati mu!

bangun pagi. tidak seperti yang saya rancangkan semalam. saya terbabas subuh tadi. alarm sudah di pasangkan. tapi entah kenapa seperti saya tidur mati tak sedar walau apapun. ya Allah ya tuhanku jangan lagi esok sama seperti pagi ini.

sebenarnya, tengah hari tadi saya berFB. chatting dengan kawan. sebenarnya kenal memang kenal cuma tak berapa nak rapat. kawan sekampung. tak pernah sembang pun. entah kenapa tiba-tiba dia poke dan mula hantar message. tak nak layan sebenarnya, tapi entahla tiba-tiba rasa tak berbaloi kalau hendak sombong dengan kawan sekampung kan. dia minta nombor telepon, dan saya beri tanpa banyak soal. ada cerita di sebalik kenapa dia minta nombor ok. jangan salah tafsir dia dan saya!

cukuplah masa sekarang ni nama dia tak cukup kuat dalam senarai ingatan saya. untuk pengetahuan korang, sebenarnya dia BF kawan sepengajian saya dan kawan senegeri dan sedaerah juga. saya tanya dengan dia mana GF dia, katanya mereka dah tak sehaluan. so saya malas nak amik tahu lagi pas tanya soalan tu. tak nak la dikata penyibuk. jaga tepi kain sendiri kalau-kalau ada yang terkoyak cukup lah kan. itu saya!

lepas minta undur dari dunia chatting FB, saya deactive akaun. lepas tu, baru je tadi dia call. what are suprise? dia mabuk ke apa ni. ok saya tak nak fikir benda yang terlalu jauh dari jangkauan saya. anggap sahaja dia ingin merapatkan hubungan silaturahim. dan mungkin ini cara dia untuk permulaan sebelum kami akan berjumpa secara nyata apabila saya balik kampung nanti.

lagi, dia janji akan jemput saya balik nanti. macam tak percaya ini saya kan. cepat sangat menerima pelawaan orang. sebenarnya saya tak mengharap dan terfikir sangat pun perkara itu. kalau ada, saya terima. dan kalau tak ada, juga saya terima. =)

keyakinan hati saya telah lama di ambil oleh seseorang dan tak pernah dikembalikan semula. susah hendak menagih kepercayaan orang lain. susah juga hendak meraih janji yang pernah diucapkan. semua itu terpulang kepada mereka. jika masih ada rasa di hati untuk kembalikan keyakinan yang telah lama hilang itu, rasanya masa bukan lagi jadi halnya. dan berharaplah agar hati itu telah lama sembuh untuk menganggap semua sejarah hitam itu telah pudar warnanya. Amin~~




No comments:

Post a Comment