Saturday, May 19, 2012

SUMPAH SANGAT JELES!

Wwarghhhhhhh......jelesnyaaaaa aku!. >'<"

engkau imagine dari bangun awal pagi tadi lepas je subuh. aku usha terus laptop ni. lari kejap pon pi beli nasi. pastu aku mandi jap. makan kejap. solat!. ok yang tu bukan kejap k, aku feeling. gila tak aku? apa yang best sangat dalam tu sampai khusyuk semua benda pon nak buat kejap.

Aku baca dari awal sampai..hah, tak abis lagi. panjang dan sangat best semua-semua entri budak ni. orangnya pun cun saja~~(cam nyanyi lagu sleeq pla :p) tapi sumpah dia cun orangnya. kecik molek je..aku pun kecik juga tapi takdela molek mana pun..saya cukup-cukup makan je kot. hahhh paling tepat nak gambarkan tentang rupa paras saya ni boleh diumpamakan cam nyawanyawaikan.hahahaa tak pun telurdihujungtanduk. kwangkwangkwang. sadis en~~

tulis belog pon tak ada benda best sangat nak story tapi still juga sibuk nak bebelog. sebenarnya kalau ikut hati memang aku jeles sangat-sangat kot dengan hidup budak cun tadi. serbaserbi nampak indah je. dia jalan situ sini. belanja itu ini. tengok konsert sana sini. kuar masuk kedai. tukar baju setiap limaminit. warhhhhh..ok, yang itu aku bohong. tapi ikut based on entri yang aku baca kat blog dia tu memang aku tengok cam best je hidup dia. haisshhhh~~ haishhh~~ aishiteru! wa sentap derr.. napa dia boleh and kenapa aku tidak. hurmmm sabar lah hati. belum keja lagi..

okaylah, alasan aku tak keja lagi tu boleh la aku terima. itu pasal yang aku ni tak sabar nak berkerjaya.cehh..hiihihi~~cepatlah aku keja ye.. kawankawan doakan saya dapat keja cepat k. amin


Friday, May 18, 2012

kenapa

KENAPA


ya kenapa? kenapa orang lelaki kite tengok selalu je cool?
segala-galanya nampak cool je
minum air dalam botol besar cool,
nganga sumbat nasi yg bnyk kt mulut tu pun cool,
amik gambar xpayah posing-posing still cool,
gaya jalan cool,
main bola peluh-peluh cool,
pakai baju melayu sliper jepun cool,
karok sora jerit2 still nampak cool,
marah ngan ego tinggi paras aku ni masih cool,
study cool,
masuk kelas lambat lecturer jeling-jeling tajam still mantain cool,
tido lewat bangun lewat pon cool,
stay lepak ngan kengkawan sampai subuh pon boleh cool lg,

so pendek dan panjang katanya kaum adam ni selalu je kite nampak cool en..kadang-kadang terfikir juga dorang ni memang betol2 cool ke tau buat-buat cool je sebab nak cover line. nak jaga macho. hihihi~~

tau, dorang pun manusia biasa. ada hati dan perasaan. mungkin itu istimewanya lelaki. memandangkan golongan ini yang akan memimpin sesebuah institusi tak kisah la besar or kecil. just nak bagitau je, sumpah, kaum hawa suka kot lelaki yang nampak cool ni.. so teruskan ngan cool action korang tu k. tapi still, kitorang paham kalau tiba-tiba korang jadi sensitif one day nanti. =)


entri ini khas tuk tunjuk kan betapa telitinya aku tengok kawan adam yang memang sentiasa bersifat coo ni en..=)






one of my dream future life

sangat teringin macam ni:

saya senyum, awak balas.
saya masak, awak makan (even sekarang tak reti masak lagi. inshaAllah saya belajar)
saya merajuk, awak pujuk.
awak imam, saya makmum.
awak baca doa, saya aminkan.








sumpah sangat ingin macam itu. tapi hati kena sabar. mungkin tuan punya tulang rusuk ni juga sedang mempersiapkan diri beliau juga. ok, saya tunggu awak sampai ajal datang menjemput. =)

Thursday, May 17, 2012

beranikan diri

hari ini bangun dari tidur. tiba-tiba rasa ingin berkongsi sesuatu untuk kamo-kamo semua. jadi saya fikir baik saya publish akaun blog ini. then, saya dah lakukan. kepada semua yang singgah baca dan mungkin komen, thanks awak-awak. =)

ya, saya perlu berani. perlu jadi yakin diri. tak itu tidak bermaksud sampai saya perlu terjun bangunan 18 tingkat atupun paling kurang buat aksi stunts women tanpa apa-apa safety. =) hari ini pertama kalinya saya publish akaun tau.

kadang-kadang teringin seperti orang lain yang selamba sahaja cerita itu ini. dan yang baiknya, semua cerita itu sebenarnya ada motif masing-masing. even sekecil-kecil ayat, masih terkandung seribu makna. hidup ni, kita kadang-kadang perlu jadi seorang yang cukup sensitif. cukup teliti. baru lah paham makna semua tentang tulisan yang tidak mampu lisan ungkapkan.

memang. saya kurang bijak ucap rasa dengan lisan. itu saya cukup akui. saya tiba-tiba boleh hilang kata. jadi bisu. jadi pemalu. tapi cukup lah kalau kamo tahu yang saya tidak pernah ingin jadi begitu. saya tidak buat-buat untuk jadi seperti itu. its natural on me. terlalu banyak yang saya cuba lakukan untuk jadi seperti siapa saya dalam tulisan-tulisan saya.tapi masih saya tak mampu. sebab itu, saya bila terlalu ingin bercerita tapi tidak tahu dengan siapa. pada siapa. dan mungkin bila terfikir bahawa betapa pemalunya saya ini. terus saja saya padamkan niat di hati. lalu menghadap hadiah pemberian ayah ini untuk tulis apa saja yang saya rasa waktu itu.

walau kadang-kadang saya terlalu beremosi. itu hanya sebab saya jarang bercakap. jarang sua pendapat dalam fikiran. dalam hati. walhal, bila mereka-mereka yang sudah terlalu kenal diri saya, mereka akan katakan bahawa betapa saya penuh dengan idea gila. yang ini mesti korang tak percaya kan? sebab saya nampak ayu je kat luar. hahaha~~ saya memang ayu. tapi saya boleh jadi super active juga la.. panjat-panjat gunung, camping-camping, lari-lari anak semua saya boleh survive kot. :') so kalau nak buat aktiviti tu jangan lupa ajak saya join sekali la ye..

Sunday, May 13, 2012

i realize that

just finished read a quote.  i thought that i probably should be turn off for every memories of not belong to us. don't get any clues why should i write here. as long as i'm not good enough to find someone to be stay close on me to heard what of my true voice want to shout.

exactly, its quite hard to keep it inside or to deny it. but i should!. i swear it i should do this. i realized, this is not what was i called is as a LOVE either CARE anymore. it is just a dreams. nightmare maybe!

i would learnt to adapt it by any way. even needed me to move on slowly. step by step. i wish to. i should encourage myself to stand on my way. don't ever letting it is controlling myself. so, i hope too. really.

from now on, i wish i can stand by myself. fight for myself. told myself that he is not belong to me as long as the signs not come for me at these time or so on.

FIGHT FOR YOURSELF PAZILAH SAKIBUN, ILA!! WISH UR THE BEST ONE!


Saturday, May 12, 2012

pinjamkan satu malam ini

kalau ada yang mahu dengar, silakan.
kalau ada yang ingin paham, ragu-ragu untuk bercerita.
kalau ada yang bersimpati, rasanya  tak perlu.

tidur yang sempurna. dengan cahaya yang suram. saya bahagia. walau ada yang datang menabur janji. namun dia khianat. saya masih okay.

tapi tidak dengan datang tak berkhabar lalu saja untuk terjah. saya tidak mahu keliru. tolong jadi seorang yang cukup sejati. bukan sekadar bawa berita. belum pasti tapi sudah pergi. saya yang terpinga-pinga. elok sangatlah tu.

datang biar sekejap tapi cukup untuk di kenang. tapi jangan pada permulaan sudah bagi hanya duka saja. tak macho tau. hai la hati, sayang betol awak kan, punya setia camni, dia treat punya dahsyat.

sorry la readers. memang tak nak dah tulis entri pasal hati ini.. tapi sentap kot dapat panggilan tengah malam yang buat saya sampai tak tahu nak lua kat sesapa. saya ramai kawan. tapi rasa macam tak ada yang sudi jadi pendengar setia. yang ada macam tak nak dengar je baik takyah. saya tak suka yang tak ikhlas bial saya sentiasa ikhlas untuk mereka.

Wednesday, May 9, 2012

datang lagi~~

tak pernah ada abisnya cerita kekejaman di muka bumi ni kan? sampaikan anak-anak kecil yang masih belum mengerti tentang erti hidup ini turut jadi mangsa. tolong lah, sedarlah apa yang engkau buat ini terlalu hina untuk seorang yang sudah terlalu dewasa untuk melakukannya lagi.

engkau ingin hidup sempurna. ingin hidup di belai. ingin hidup penuh tawa. ingin hidup ada itu ada ini. ingin di puja dan ingin memuji. ingin hidup yang serba serbinya lengkap. walau sejuta yang mengatakan engkau tak mampu tapi engkau terus usaha kan untuk itu kan?. jadi mengapa tidak engkau belajar mengerti dan memahami jiwa anak-anak kecil itu?. tidak perlu menduga terlalu jauh untuk memahami mereka. cukup lihat diri engkau sendiri. apa yang engkau mahu, mereka juga mahu. engkau ada hati, mereka juga punya yang sama seperti engkau.

engkau rasa engkau sudah hidup terlalu lama? sudah puas menikmati ranjau hidup?.sudah? belum kan. begitu juga dengan anak-anak kecil itu. malah siapa tahu mereka lebih mampu untuk jadi yang terlalu istimewa di mata dunia pada masa depan kelak?. kiranya engkau mahu seluruh alam hanya boleh pandang engkau sahaja. dengar engkau sahaja. paham isi hati engkau saja. tolonglah  jangan terlalu bersifat pentingkan diri sendiri.

apa engkau tidak pernah terfikir kiranya dahulu engkau diperlakukan sebegitu sakit dan hina, mampukah engkau berdiri semegah hari ini?. engkau terlalu lupa diri. sangat memalukan. aku yang melihat engkau pun sangat jijik dengan perlakuan engkau yang hina itu. mencerca. mencaci. melempiaskan rasa amarah engkau pada yang masih terlalu kecil. yang tidak mampu memahami segalanya.

patutnya engkau pelihara dia. engkau jadi pelindung yang tegar baginya. engkau penyumbang rasa bahagia dalam dirinya. tapi engkau selingkuh!. arghhhh~~~ benci aku dengan engkau!. anak-anak itu harta dunia. aset kebahagiaan. pengukuh sistem kekeluargaan. penghapus airmata dikala hati resah dilanda dugaan. menguat hati di saat engkau lumpuh seluruh kudrat. tapi engkau tidak memberi apa yang selayakanya engkau beri. selayaknya yang harus dia peroleh. dia hadir untuk melengkapkan separuh  dari hari mu yang tidak sempurna. tapi engkau kejam.

aku masih terlalu muda. tapi aku tidak akan membiarkan diriku sama seperti manusia pada hari ini yang terlalu kejam pada anak-anak kecil. aku menulis untuk mengingatkan diriku supaya aku menjadi pelindung kepada anak-anak kecil itu nanti. sedang aku sendiri ingin punyai anak-anak kecil yang comel-comel. binatang juga tahu menghargai anak sendiri tapi kenapa manusia terlalu rakus hatinya melakukan penderaan. buta hatinya memberi segenap rasa kasih dan sayang pada yang berhak. semoga aku nanti sentiasa berjiwa kasih dan sayang pada warisku dan penyambungku. amin.


Monday, May 7, 2012

kalau tiada rasa kasih, kasihani la saya itu sudah cukup~~

sedih bila ingat. saya ni betol ke dah tak boleh nak hampir dengan rasa gembira? terlalu sedikit kegembiraan yang nak di kongsi. sedangkan rasa sakit itu terlalu banyak. sayang betol tuhan dengan saya. Dia bagi saya terlalu banyak dugaan. hati saya sudah cukup di duga. tolonglah, kadang-kadang saya rasa cukup tak kuat untuk semua ini.

kadang-kadang saya rasa saya cukup segalanya. dan kadang-kadang tak punya apa-apa. terlalu daif dan lemah banding mereka-mereka di luar sana. saya bukan tak bersyukur. tapi terlalu sabar dengan semua ini buat saya banyak kali jatuh dan luka kiri kanan, hati calar-balar, jiwa parah!. cukup sakit. lebam yang nampak di mata tak apa-apa sangat. tapi bekas yang tertinggal di hati akan amik masa yang lama untuk pulih. dan kadang-kadang takkan pena nak hilang.

apa lah yang saya ada. terlalu banyak angan-angan. impian selalu saja nak tinggi sampai ke bintang. orang-orang sekeliling akan nampak saya sebagai seorang yang matang berfikir. tapi tahu ka mereka saya sedang makan dalam hati. terlalu sensitif untuk berbicara soal diri sendiri. saya pura-pura senyum dengan orang lain bukan sebab saya hipokrit. tapi untuk tutup rasa hati. tak salah kan. saya pun ada perasaan ingin seperti dia, dia dan dia di luar sana.

ingin jalan lenggang-lenggang. senyum-senyum. gelak kuat-kuat. pakai lawa-lawa. makan sedap-sedap. belanja itu ini tanpa fikir siapa-siapa untuk sekat apa yang saya ingin buat. tapi saya tak boleh. saya terlalu banyak berfikir sampai lupa nak tidur. lupa nak buat benda yang terlalu penting untuk diri sendiri. saya tak salah kan sesiapa. sebab saya cukup sayang orang di sekeliling saya. tapi boleh kan kalau ada walau sedikit pengertian dari kamu-kamu semua untuk saya. sedikit pun sudah cukup.

kasihan lah dengan saya ini walau pun tidak pernah ada rasa kasih. saya ingat semuanya. tapi masa saya belum sampai untuk buat itu semua lagi. untuk diri sendiri pun tak mampu. jadi macam mana untuk sempurnakan setiap keinginan mereka-mereka. bila sampai masanya, saya takkan lupa. biar untuk saya yang terakhir asal untuk mereka ada. doakan saja segalanya hampir untuk saya lakukan. amin

tahukah kamu, saya tak suka menulis sebenarnya apabila selalu saja tentang kesedihan saya. tapi saya tiada berteman yang akan ada untuk dengar setiap isi hati saya. sebab itu semuanya tercurah di sini. ingin menghadapnya saat ini tapi saya sangkut oleh jadual yang tiba-tiba padat mendekat.

Wednesday, May 2, 2012

-nasib-

baguslah. belum terlalu lewat untuk tarik nafas lega. hmmmmmmm~~ tak sakit pun. ngilu sedikit saja. saya dah biasa pun. apa nak kisah kan.

perlu lagi ke ya nak tanya soalan kenapa saya?. kenapa bukan orang lain. dia ke, yang itu ke, yang ini ke. apa-apa la janji bukan saya!. yang jauh dengan saya. yang tak berkaitan dengan hidup dan mati saya!. sampai hati..

baik, saya anggap ini hanya sedikit dalam hidup saya. apalah hanya setakat warna hitam macam awak ni boleh buatkan. saya tak heran pon. banyak lagi warna pelangi yang akan datang jadi kawan baik saya untuk selamanya nanti. =)