Tuesday, March 27, 2012

Dia,
berkenalan secara tiba-tiba. serius sangat tiba-tiba dan tidak pernah dirancang. di suatu tempat yang saya tidak pernah duga. tapi Tuhan sudah tetapkan pertemuan ketika itu. saya terima dengan senyuman.

Dia,
lelaki pertama yang saya serius rasakan serasi dan tiada penyesalan serta perasaan ragu-ragu malah bersyukur dia menjadi teman makan malam ku pada 18hb february 2011. >LADIES GUEST NIGHT< itu nama dinner pada malam itu yang saya perlu hadiri. dalam erti kata lain, WAJIB!. fikirku, dia sesuai untuk hadir ke majlis sebegitu kerana dia bijak membawa diri dalam function sebegitu. =)

Dia,
rasanya telah menjadi sebuah memori yang perlu diingati dan dikenang untuk seumur hidup ini. perjalanan hidup sebagai seorang antara ribuan mahasiswa menjadi lengkap dengan hadirnya. anehnya, saya tidak pernah merasakan lebih dari sesuatu yang jauh dari makna kawan dengannya. rasanya dia juga sama seperti fikiran ini. cuma pandangan orang di luar sana yang pelbagai tidak mampu untuk saya atau dia baca. saya tidak ingin berbohong, bukan tiada kawan wanita saya yang cuba bertanya dan menelaah status perhubungan kami, tapi apa yang boleh saya berikan sebagai jawapan jika bukan 'kami hanya kawan wahai kawan-kawan ku sekalian'. susah sangat, anggap sahaja kami teman tapi mesra. atau saya yang buta membaca hatinya?

Dia,
mengenalinya dan dekat dengannya membuat saya kadang-kadang keliru. saya belajar untuk memahaminya sedalam mungkin tetapi ternyata apa yang saya rasakan, semakin saya ingin memahaminya, semakin saya tidak terbaca fikirannya. hypothesis yang terlalu negatif!. mungkin kerana kami berdua adalah daripada kutub yang berbeza, membuat saya kadang-kadang celaru dengan tutur katanya, laku gayanya dan layanannya. sungguh saya wanita tiba-tiba merasakan kaum adam lebih complicated berbanding hawa. baiknya dia mungkin kerana merasakan saya kaum lemah yang perlu dilindunginya.


Dia,
terlalu baik. tidak terlintas untuk saya pergi jauh dari dia. tapi jika suatu masa, dia meminta untuk meninggalkan dan ditinggalkan, saya akur. kebaikannya serta sifatnya membuat saya akan sentiasa menghormati setiap kata putus darinya. jujur saya katakan, mengenalinya satu anugerah yang besar maknanya untuk seorang wanita seperti saya. mungkin kami akan jauh suatu masa nanti, tapi setiap kenangan yang tercatat antara saya dan dia sebermula dari bumi utara peninsular ini sehinggalah ke borneo tanah lahirku nun jauh di seberang laut china selatan sana akan sentiasa segar dalam lipatan sejarah hidup saya.

Dia,
sentiasa ada bersama saya diketika saya sangat memerlukan seseorang sebagai peneman. kata sahaja apa saya ingin dan walau di mana sahaja saya berada, prinsipnya pada saya "insyaAllah wak, kalau dapat dan tiada halangan saya datang". perkataan itu selalu dia ucapkan pada saya. dan selalu menjadi kenyataan. ingat lagi saya, jarak itu sangat jauh dan mungkin mengundang bahaya padanya. tapi pada hari BESAR itu, dia berdiri di depan saya. apa harus saya katakan lagi? saya, tiada keluarga yang hadir untuk melihat kejayaan kecil-kecil itu yang memerlukan saya berkorban besar-besaran untuk meraihnya tetapi dia hadir sebagai seseorang yang bukan juga tetamu tapi cukup saya katakan dia terlalu 'istimewa' untuk hari itu dan selamanya. mungkin keluarga saya tidak mampu menghadiri hari ulung itu, tapi Allah tidak pernah kejam pada hambanya. Tuhan utuskan dia untuk saya hari itu sebagai hadiah yang sangat tidak ternilaikan. ingat lagi saya waktu itu, saya sangat terkejut. kelu. diam seribu bahasa. lalu saya tersenyum manis padanya. itu sahaja yang mampu saya berikan. AWAK, kalau tiba-tiba awak terbaca entri ini, dan kebetulan masa ini adalah sudah menjadi tidak sesuai untuk awak membacanya, saya minta maaf sangat-sangat. tiada niat lain melainkan di sini saya ingin mengatakan "terima kasih banyak-banyak untuk semua kenangan yang awak berikan kepada saya"

Dia,
penuh dengan kejutan. kejujurannya dan keikhlasannya menambat hati saya. tapi jika untuk menjadi seorang kawan itu sudah cukup antara kita, saya terima dengan ikhlas dan hati yang senang. duduk seorang tidak menunggu sesiapa, lalu dia muncul di hadapan saya!. terkejut kan?. saya terdiam. hari ini dia muncul dan duduk bersama saya di hadapan bangunan uum varsity mall ini. sekejap, terlalu sekejap dan mungkin hanya untuk seketika saya rasakan. cukuplah. saya tidak akan meminta yang lebih lagi. rasa bagai saya bermimpi, masakan dia yang jauh nun di kota metropolitan sana ada di depan mata. tapi dia telah buktikan bahawa yang dia benar-benar datang walaupun bukanlah atas suka-suka melainkan tanggungjawab kerja, tapi keikhlasannya untuk mencari saya semata-mata untuk bertemu pada petang yang benar-benar mencemburui pertemuan saya ataukah dia itu sudah terlalu cukup buat saya terdiam dalam fikir sesuatu. sungguh tak tipu, petang itu saya lihat dia sangat ikhlas untuk datang bertemu saya. lalu saat menaip entri ini saya terfikir sesuatu 'pernahkah untuk melakukan sesuatu yang berkaitan dengan diri ini dia tidak pernah ikhlas lakukannya?'

Dia,
cukup istimewa hadir dalam hidup saya. saat saya rasa saya tidak berteman selain Allah, dia hadirkan diri. sungguh walaupun dia bukan kekasih tetapi bukan sekadar teman biasa. melainkan terlalu istimewa!. sebagai seorang wanita dan teman, saya sayang awak.

Awak, ini yang awak berikan selalu kepada saya melalui mesej dalam handphone kan....thanks. =)

------------'<@

                          


Wednesday, March 21, 2012

-pujaan hati-

kenapa saya terlalu kerap dengar lagu ni? sudah tiada istilah jemu ke dalam kamus hidup saya? tahun lepas saya baca sebuah novel, watak lelaki novel itu sangat meminati lagu ini. saya terpanggil untuk mendengar lagu ini disebabkan terlalu berfikir kenapa sseorang penulis wanita meletakkan lagu itu sebagai lagu yang sangat di minati oleh watak lelaki tulisannya?

justeru, saya buka youtube dan cari lagu nie. berhasil, saya temui dan terus tekan button play. saya sengaja memainkan video yang mempunyai lirik.senang faham fikirku. dan sungguh, saya terpaut dengar kali pertama dengan lagu ini. dari tarikh itu, sudah hampir setahun saya dengar lagu ini tanpa ada rasa jemu.

setia ke saya? atau sudah tak paham erti 'menerima' dan 'merelakan' kah saya?. buka mata angkat kepala dan pandang depan ila, buka hati pasang niat dan mulakan dengan yakin insyaAllah semuanya akan baik-baik saja.  

>>PAZILAH SAKIBUN, HIDUP INI UNTUK DIJALANI BUKAN UNTUK DIPERSIAKAN<<

-------------'<@

Tuesday, March 20, 2012

-saat itu menjadi hari 'BESAR' bagiku-

serasa hidup ini makin dewasa, terlalu banyak benda yang dipelajari. saya belajar untuk lebih matang dan positif dalam hidup untuk terus berdiri dan yakin melangkah. belajar menjadi lebih kuat dan menaruh harapan yang tinggi dalam setiap kata dan laku. belajar berhadapan dengan setiap kenyataan walau sepahit dan sehitam mana pun ia. belajar untuk percaya bahawa setiap kegagalan itu ada indah yang menanti. belajar untuk jadikan setiap kejayaan itu tercipta atas usaha yang tidak pernah mengenal apa itu erti jemu. dan juga belajar untuk sentiasa bersedia bahawa hidup ini akan berakhir nanti cuma yang pastinya masa itu akan datang tanpa  amaran  untuk sesiapa pun yang dikehendkiNYA.


saya terdiam sebentar, ya hidup saya hari ini cukup besar walaupun ruang perjalanan yang dilalui tiada bezanya seperti semalam. cuma skrip hidup saya hari ini memerlukan saya menjadi seorang pelakon yang lebih kuat dan tegar dalam hidup. 


perkara yang sepatutnya merupakan langkah permulaan saya menjadi sia-sia hanya kerana kecuaian diri sendiri. apa pun bukan saya tidak mencuba mengusahakan yang terbaik tetapi mungkin sudah tersurat dan saya bersyukur kalau itu yang terbaik untuk saya.belajar dari kesilapan! tiada siapa pun yang sempurna tanpa cela di sini.


petang seperti biasa jalan sama yang dilalui semalam ku ambil untuk ke tempat part time yang kedua semester ini. rajin ke saya? ada masanya saya terbeban, lamanya saya rasa sesuatu yang indah. langkah kaki ini juga makin kemas. terfikir hati ini untuk buka minda dan terima pelajaran baru dalam hidup yang entah sampai kapan penghujungnya. di situ, di atas jalan itu, tangan lincah menekan hp menghantar sms td kaku sejenak. nafas di rasakan tidak lagi berhembus.jantung ini sepertinya telah berhenti mengepam. bibir ini diam seribu bahasa. fikiran ini kosong seketika. rasa di hati ini tidak bisa di baca rentaknya. sesungguhnya saya merasakan saya sepertinya telah mati untuk ketika itu. tuhan itu maha kuasa. tiada yang lebih dariNYA. untuk seketika rasanya saya terpaku di hadapan haiwan berbisa paling menakutkan itu. jika silap cket sahaja, bisa-bisanya nyawa ini telah tiada. bisa-bisanya roh yang selama ini setia menemani jasad ini akan terpisah untuk selamanya. syukur, kesempatan untuk sepanjang hari ini masih milik saya.


tiba-tiba rindu dengan mak ayah, adik beradik nun jauh di utara borneo sana. saya paham kini, diri ini harus sentiasa tidak berhenti belajar untuk menjadi seorang yang perindu kepada keluarga. setia kepadaNYA. baik kepada teman-teman. dan pastinya senyum yang sentiasa ikhlas tidak perlu pilih harus diberi kepada siapa.


serius, saya sampai saat menaip entri ini masih terkejut. tiba-tiba rasa kehilangan. tidak sangka perkara itu memberi impak yang sangat besar kepada saya.


hidup ini bukan sahaja untuk menerima yang kita sedar dan memberi yang kita ada tetapi juga untuk sedia ke atas setiap kemungkinan yang BESAR.

Sunday, March 18, 2012

-hidup ini pilihan-

"saat putus asa melingkupiku,
aku memilih tetap maju.
saat tidak faham maksud Tuhan,
aku memilih tetap percaya.
saat tertekan dek banyaknya kekecewaan,
aku memilih tetap bersyukur.
saat semua jalan hidupku berantakan,
aku memilih untuk berserah.
saat ingin menghakimi orang lain,
aku memilih bagi memaafkannya."

by: Carol Kent (A New Kind of Normal).

mesti awak tertanya-tanya kenapa dalam entri ini saya mulakannya dengan kata-kata indah seperti diatas kan?. ya, sejujurnya saya jatuh cinta pertama kali membaca petikan diatas.terlalu dalam maknanya sehingga terlekat kukuh di hati kecil ini.

buku itu saya beli petang tadi semasa menemani seorang teman untuk membeli kanta lekap matanya. bukan saja-saja, dia tertinggalkan cermin mata lamanya nun jauh di kota metropolitan sana. hendak buat yang baru, mahal katanya kos untuk yang baru banding dengan beli lens!.

saya sekali buat pemeriksaan mata. hasilnya, emm kurang memuaskan. saya sangka mata ini semakin sihat. rupa-rupanya TIDAK! rabun silau saya makin bertambah malah semakin buruk. abang selaku owner kedai itu nasihatkan saya supaya buat cermin mata juga.katanya lagi kalau lambat-lambat takut makin bertambah teruk!. saya hanya mampu katakan padanya lain kali lagi saya datang untuk buat. saya tidak bersedia untuk berkaca mata lagi! JANGGAL, SANGAT-SANGAT JANGGAL!. patutlah sejak akhir-akhir ini maigrain saya kerap datang menjenguk!.sakit! sakit yang kadang-kadang tak mampu di tanggung lagi. lagi parah, kalau masa-masa genting terik matahari dan kalau terpaksa berhadapan dengan cahaya, mata ini hanya mampu mengecil dan kadang-kadang tak mampu untuk terbuka lagi.setiap tulisan pun ada masanya jadi agak kurang jelas.

satu tahun setengah dahulu semasa buat pemeriksaan, resultnya tidak lah seburuk ini. abang yang sama saya temui tadi juga yang buat pemeriksaan dahulu tidak juga tergesa-gesa menawarkan supaya saya berkaca mata. tapi hari ini? riak wajahnya nampak sangat-sangat menggesa supaya saya berbuat demikian. ok, sudah! lupakan saja. tentang pakai cermin mata itu, nanti saya fikirkan!.

biar saya ceritakan kepada awak sahaja tentang buku tadi. tajuknya "Hidup ini Pilihan".ada 50 bab semuanya mengenai kisah hidup yang akan membuat kita berfikir. saya belum habis baca pun lagi. baru saja bab 1. ini merupakan buku kedua yang saya beli mengenai cerita-cerita hidup yang penuh dengan nilai teladan dan pengajaran yang cukup bermakna. buku pertama dahulu tajuknya "Chicken Soup for the Soul".

lewat ini, saya terlalu kerap berfikir mengenai sesuatu yang dahulunya mungkin tak pernah terlintas dalam ruang fikir saya. buku voucher telah habis saya gunakan untuk membeli 4buah buku semuanya. 1buah buku itu akan saya hadiahkan kepada seseorang. semoga hadiah itu akan jadi yang paling bermakna untuk sahabat sepertinya. harapan itu terbit bersama satu permintaan yang tidak kecil juga tidaklah terlalu besar!.

Saturday, March 17, 2012

catatan tak berbalas

pekak kan telinga. mati kan hati. buang rasa. telan kata. tahan setiap titisan air mata ini.

awak pernah tak tonton cerita 'AKU BUKAN BODOH'? dengar je butir kata itu, apabila dia berlalu pergi, buang sahaja ke dalam tong sampah besar di luar pintu. dekat tangga luar sana.

saya dengar DJ eraFM tadi. nyaris saya emo tapi tuhan masih sayang saya dan sentiasa akan sayang. saya pejam mata rapat-rapat. serapat-rapatnya. saya tarik nafas lalu hembus pelan-pelan. nampaknya sejarah dulu mungkin berulang. cuma kini, saya lebih dewasa menghadapinya. biarlah walau siapa pun dia, apa pun ucapannya, bagaimana pun rentak bunyinya. saya amik earphone lalu lekap di telinga. kuatkan bunyi sekuat-kuatnya. biar hanya lagu itu yang saya dengar. biar putus seketika saya dengan alam luar sekeliling di ruang ini.

awak, saya terfikir berapa ramai yang akan terbaca tulisan hati ini. terfikir faham kah nanti mereka apa yang saya cuba sampaikan? atau mereka hanya akan singgah membaca dan tutup lalu berlalu pergi begitu sahaja. saya x mengharapkan pengertian sesiapa. sebab saya telah lama paham hati saya yang sebenarnya. tiada hubungan yang terlalu sempurna antara kita semua. saya juga tidak mengimpikan yang indah-indah sahaja.

lagu ini bawa saya ke dunia yang lain. saya khayal seketika sambil tangan ini masih lincah mencatatkan kata hati. rasanya emosi terganggu buat saya lebih suka menulis untuk bercerita. bukan saya seorang. ramai.



Friday, March 16, 2012

peristiwa pagi dinihari semalam =)

petang ini, hari ini ceria!!berbaju merah jambu ditemani dengan teman sebilik yang juga sama seperti saya yang tidak punya apa-apa perancangan menarik diluar lingkaran ruang bilik ini! kami beku di hadapan muka buku dan tentunya diiringi dengan alunan lagu-lagu dari eraFM yang semestinya keluar dari corong speker komputer riba pemberian ayah dan mama ku.

toleh ke kiri, menghadap tingkap berjeriji dawai halus terlihat pokok kelapa yang hampir melambai ke arah ku! senyum sendiri~~ =) kalau dh lepas maghrib, sah-sahnya jendela ini tidak ku buka! saya agak lemah semangat untuk sesuatu yang saya selalu bayangkan tetapi tidak pernah alaminya lagi. tapi rasanya kalau perkara itu terjadi, saya bisa jadi setegar batang kelapa yang tegar berdiri saat angin kencang datang menguji sejauh mana akar yang sedikit mampu menampung ketinggian pokoknya yang gah berdiri sedangkan jika ku lihat batangnya tidak ubah seperti batang lidi sahaja! hohoho~~

maaf, saya jauh sedikit menyimpang dari peristiwa semalam yang ingin dikongsikan bersama awak. lewat malam semalam, seorang teman lama menegur saya dilaman sesawang muka buku. bertanya tanya khabar dan perkembangan diri masing-masing!.saya kan sememangnya skema, dan tentu sahaja jawapan yang penuh skema akan terkeluar sebagai jawapan untuk semua persoalan teman lama itu. Saya agak tertarik dengan pernyataan yang keluar dari teman saya itu, dalam hati saya terpegun dengan semangat yang dia ada. sempat dalam hati saya katakan bahawa dia seorang lelaki yang punya motivasi dan perancangan yang tinggi dalam diri. hendak saja saya katakan kepadanya bahawa saya bangga punya kawan sepertinya malahan bangga dia masih seperti dia yang dulu!.

perbualan ringkas itu turut membuat saya mengenali betapa besarnya perubahan seseorang itu. setiap orang akan berubah cuma saya mahupun sesiapa tidak akan tahu perubahan yang akan terjadi itu adalah seperti yang bagaimana. kadang- kadang dalam hidup ini kita terlalu dibawa emosi lalu jadi seorang yang bukan kita yang dulu lagi. cuma saya mahupun rasanya seluruh isi alam ini inginkan sesuatu perubahan itu haruslah sesuatu yang indah untuk dikenang dan manis untuk ditelan.

seringkas-ringkas perbualan alam maya itu telah sedikit sebanyak membuat saya berfikir secara positif mengenai hidup yang saya sendiri sememangnya tidak pasti panjang pendeknya, hitam putihnya, pahit manisnya, tinggi rendahnya, baik buruknya namun yang pasti setiap kesukaran itu pasti akan berakhir dengan sesuatu yang indah! 

awak, sesiapa pun awk yang akan sentiasa setia bersama saya rasanya masih belum kenal cukup-cukup diri saya yang sebenarnya. justeru jangan cepat ingin mengenali siapa saya disebalik tulisan kata hati yang sentiasa penuh dengan luka berbirat dihati malah rasanya telah tertinggal banyak tanda lebam tak tertuam oleh sehelai kain basah. saya perlu keras sedikit sahaja lagi sebelum cukup kuat untuk berjalan seiringan dengan awak.

Tuesday, March 13, 2012

isi hati yang x indah.

malam ini air mata ini menitis lagi!. maaf saya x cukup kuat untuk berpura-pura rasa x pernah terluka oleh perbuatan awak selama ini.

maaf sangat-sangat kalau apa yang tertulis di sini hanya membuat awak rasa terbeban..maaf awak, saya x pernah sengaja melakukan semua ini. cuma hati saya betol-betol telah rasa kosong oleh kenangan lalu.

kalau lah awak baca segalanya yang tertulis di sini apa yang awak akan rasakan?? saya selalu terfikir persoalan tanpa jawapan ini!!

awak mampu tersenyum bahagia di sana. memang saya di sini juga tersenyum sama. tapi sama kah erti senyum kita berdua?? saya sakit kerna awak!

seminggu lepas saya buat part time untuk sibukkan diri! tapi saya x boleh bohong hati sendiri. mata ini x pernah lepas melihat kemesraan setiap pasangan yang keluar masuk kedai. jujur saya katakan saya x mengharapkan setiap kemesraan sebegitu cuma satu pengakuan paling ikhlas dari awak!

ya Allah ya Tuhanku, engkau kuatkan lah hambamu ini, engkau berilah aku petunjukmu.Amin.

saya x sangka awak setegar itu untuk terus berlalu bersama janji atas setiap perkataan yang awak ucapkan.. sempurna, cukup sempurna!! sehingga saya benar-benar yakin awak selayaknya mendapatkan hati keras yang x pernah berpenghuni ini. silap, ternyata saya silap! silap memberikan hati pada yang x pandai untuk menghargai setiap zarah darah yang mengalir di dalamnya. sure, saya hampa sangat2!

mungkin selepas ini, saya akan susah untuk jatuh cinta lagi! sebab ada bayang-bayang suram yang x lengkap mewarnai sejarah cinta pertama saya!! sabri, saya benci tapi rindu kt awak.