Tuesday, March 20, 2012

-saat itu menjadi hari 'BESAR' bagiku-

serasa hidup ini makin dewasa, terlalu banyak benda yang dipelajari. saya belajar untuk lebih matang dan positif dalam hidup untuk terus berdiri dan yakin melangkah. belajar menjadi lebih kuat dan menaruh harapan yang tinggi dalam setiap kata dan laku. belajar berhadapan dengan setiap kenyataan walau sepahit dan sehitam mana pun ia. belajar untuk percaya bahawa setiap kegagalan itu ada indah yang menanti. belajar untuk jadikan setiap kejayaan itu tercipta atas usaha yang tidak pernah mengenal apa itu erti jemu. dan juga belajar untuk sentiasa bersedia bahawa hidup ini akan berakhir nanti cuma yang pastinya masa itu akan datang tanpa  amaran  untuk sesiapa pun yang dikehendkiNYA.


saya terdiam sebentar, ya hidup saya hari ini cukup besar walaupun ruang perjalanan yang dilalui tiada bezanya seperti semalam. cuma skrip hidup saya hari ini memerlukan saya menjadi seorang pelakon yang lebih kuat dan tegar dalam hidup. 


perkara yang sepatutnya merupakan langkah permulaan saya menjadi sia-sia hanya kerana kecuaian diri sendiri. apa pun bukan saya tidak mencuba mengusahakan yang terbaik tetapi mungkin sudah tersurat dan saya bersyukur kalau itu yang terbaik untuk saya.belajar dari kesilapan! tiada siapa pun yang sempurna tanpa cela di sini.


petang seperti biasa jalan sama yang dilalui semalam ku ambil untuk ke tempat part time yang kedua semester ini. rajin ke saya? ada masanya saya terbeban, lamanya saya rasa sesuatu yang indah. langkah kaki ini juga makin kemas. terfikir hati ini untuk buka minda dan terima pelajaran baru dalam hidup yang entah sampai kapan penghujungnya. di situ, di atas jalan itu, tangan lincah menekan hp menghantar sms td kaku sejenak. nafas di rasakan tidak lagi berhembus.jantung ini sepertinya telah berhenti mengepam. bibir ini diam seribu bahasa. fikiran ini kosong seketika. rasa di hati ini tidak bisa di baca rentaknya. sesungguhnya saya merasakan saya sepertinya telah mati untuk ketika itu. tuhan itu maha kuasa. tiada yang lebih dariNYA. untuk seketika rasanya saya terpaku di hadapan haiwan berbisa paling menakutkan itu. jika silap cket sahaja, bisa-bisanya nyawa ini telah tiada. bisa-bisanya roh yang selama ini setia menemani jasad ini akan terpisah untuk selamanya. syukur, kesempatan untuk sepanjang hari ini masih milik saya.


tiba-tiba rindu dengan mak ayah, adik beradik nun jauh di utara borneo sana. saya paham kini, diri ini harus sentiasa tidak berhenti belajar untuk menjadi seorang yang perindu kepada keluarga. setia kepadaNYA. baik kepada teman-teman. dan pastinya senyum yang sentiasa ikhlas tidak perlu pilih harus diberi kepada siapa.


serius, saya sampai saat menaip entri ini masih terkejut. tiba-tiba rasa kehilangan. tidak sangka perkara itu memberi impak yang sangat besar kepada saya.


hidup ini bukan sahaja untuk menerima yang kita sedar dan memberi yang kita ada tetapi juga untuk sedia ke atas setiap kemungkinan yang BESAR.

Sunday, March 18, 2012

-hidup ini pilihan-

"saat putus asa melingkupiku,
aku memilih tetap maju.
saat tidak faham maksud Tuhan,
aku memilih tetap percaya.
saat tertekan dek banyaknya kekecewaan,
aku memilih tetap bersyukur.
saat semua jalan hidupku berantakan,
aku memilih untuk berserah.
saat ingin menghakimi orang lain,
aku memilih bagi memaafkannya."

by: Carol Kent (A New Kind of Normal).

mesti awak tertanya-tanya kenapa dalam entri ini saya mulakannya dengan kata-kata indah seperti diatas kan?. ya, sejujurnya saya jatuh cinta pertama kali membaca petikan diatas.terlalu dalam maknanya sehingga terlekat kukuh di hati kecil ini.

buku itu saya beli petang tadi semasa menemani seorang teman untuk membeli kanta lekap matanya. bukan saja-saja, dia tertinggalkan cermin mata lamanya nun jauh di kota metropolitan sana. hendak buat yang baru, mahal katanya kos untuk yang baru banding dengan beli lens!.

saya sekali buat pemeriksaan mata. hasilnya, emm kurang memuaskan. saya sangka mata ini semakin sihat. rupa-rupanya TIDAK! rabun silau saya makin bertambah malah semakin buruk. abang selaku owner kedai itu nasihatkan saya supaya buat cermin mata juga.katanya lagi kalau lambat-lambat takut makin bertambah teruk!. saya hanya mampu katakan padanya lain kali lagi saya datang untuk buat. saya tidak bersedia untuk berkaca mata lagi! JANGGAL, SANGAT-SANGAT JANGGAL!. patutlah sejak akhir-akhir ini maigrain saya kerap datang menjenguk!.sakit! sakit yang kadang-kadang tak mampu di tanggung lagi. lagi parah, kalau masa-masa genting terik matahari dan kalau terpaksa berhadapan dengan cahaya, mata ini hanya mampu mengecil dan kadang-kadang tak mampu untuk terbuka lagi.setiap tulisan pun ada masanya jadi agak kurang jelas.

satu tahun setengah dahulu semasa buat pemeriksaan, resultnya tidak lah seburuk ini. abang yang sama saya temui tadi juga yang buat pemeriksaan dahulu tidak juga tergesa-gesa menawarkan supaya saya berkaca mata. tapi hari ini? riak wajahnya nampak sangat-sangat menggesa supaya saya berbuat demikian. ok, sudah! lupakan saja. tentang pakai cermin mata itu, nanti saya fikirkan!.

biar saya ceritakan kepada awak sahaja tentang buku tadi. tajuknya "Hidup ini Pilihan".ada 50 bab semuanya mengenai kisah hidup yang akan membuat kita berfikir. saya belum habis baca pun lagi. baru saja bab 1. ini merupakan buku kedua yang saya beli mengenai cerita-cerita hidup yang penuh dengan nilai teladan dan pengajaran yang cukup bermakna. buku pertama dahulu tajuknya "Chicken Soup for the Soul".

lewat ini, saya terlalu kerap berfikir mengenai sesuatu yang dahulunya mungkin tak pernah terlintas dalam ruang fikir saya. buku voucher telah habis saya gunakan untuk membeli 4buah buku semuanya. 1buah buku itu akan saya hadiahkan kepada seseorang. semoga hadiah itu akan jadi yang paling bermakna untuk sahabat sepertinya. harapan itu terbit bersama satu permintaan yang tidak kecil juga tidaklah terlalu besar!.

Saturday, March 17, 2012

catatan tak berbalas

pekak kan telinga. mati kan hati. buang rasa. telan kata. tahan setiap titisan air mata ini.

awak pernah tak tonton cerita 'AKU BUKAN BODOH'? dengar je butir kata itu, apabila dia berlalu pergi, buang sahaja ke dalam tong sampah besar di luar pintu. dekat tangga luar sana.

saya dengar DJ eraFM tadi. nyaris saya emo tapi tuhan masih sayang saya dan sentiasa akan sayang. saya pejam mata rapat-rapat. serapat-rapatnya. saya tarik nafas lalu hembus pelan-pelan. nampaknya sejarah dulu mungkin berulang. cuma kini, saya lebih dewasa menghadapinya. biarlah walau siapa pun dia, apa pun ucapannya, bagaimana pun rentak bunyinya. saya amik earphone lalu lekap di telinga. kuatkan bunyi sekuat-kuatnya. biar hanya lagu itu yang saya dengar. biar putus seketika saya dengan alam luar sekeliling di ruang ini.

awak, saya terfikir berapa ramai yang akan terbaca tulisan hati ini. terfikir faham kah nanti mereka apa yang saya cuba sampaikan? atau mereka hanya akan singgah membaca dan tutup lalu berlalu pergi begitu sahaja. saya x mengharapkan pengertian sesiapa. sebab saya telah lama paham hati saya yang sebenarnya. tiada hubungan yang terlalu sempurna antara kita semua. saya juga tidak mengimpikan yang indah-indah sahaja.

lagu ini bawa saya ke dunia yang lain. saya khayal seketika sambil tangan ini masih lincah mencatatkan kata hati. rasanya emosi terganggu buat saya lebih suka menulis untuk bercerita. bukan saya seorang. ramai.



Friday, March 16, 2012

peristiwa pagi dinihari semalam =)

petang ini, hari ini ceria!!berbaju merah jambu ditemani dengan teman sebilik yang juga sama seperti saya yang tidak punya apa-apa perancangan menarik diluar lingkaran ruang bilik ini! kami beku di hadapan muka buku dan tentunya diiringi dengan alunan lagu-lagu dari eraFM yang semestinya keluar dari corong speker komputer riba pemberian ayah dan mama ku.

toleh ke kiri, menghadap tingkap berjeriji dawai halus terlihat pokok kelapa yang hampir melambai ke arah ku! senyum sendiri~~ =) kalau dh lepas maghrib, sah-sahnya jendela ini tidak ku buka! saya agak lemah semangat untuk sesuatu yang saya selalu bayangkan tetapi tidak pernah alaminya lagi. tapi rasanya kalau perkara itu terjadi, saya bisa jadi setegar batang kelapa yang tegar berdiri saat angin kencang datang menguji sejauh mana akar yang sedikit mampu menampung ketinggian pokoknya yang gah berdiri sedangkan jika ku lihat batangnya tidak ubah seperti batang lidi sahaja! hohoho~~

maaf, saya jauh sedikit menyimpang dari peristiwa semalam yang ingin dikongsikan bersama awak. lewat malam semalam, seorang teman lama menegur saya dilaman sesawang muka buku. bertanya tanya khabar dan perkembangan diri masing-masing!.saya kan sememangnya skema, dan tentu sahaja jawapan yang penuh skema akan terkeluar sebagai jawapan untuk semua persoalan teman lama itu. Saya agak tertarik dengan pernyataan yang keluar dari teman saya itu, dalam hati saya terpegun dengan semangat yang dia ada. sempat dalam hati saya katakan bahawa dia seorang lelaki yang punya motivasi dan perancangan yang tinggi dalam diri. hendak saja saya katakan kepadanya bahawa saya bangga punya kawan sepertinya malahan bangga dia masih seperti dia yang dulu!.

perbualan ringkas itu turut membuat saya mengenali betapa besarnya perubahan seseorang itu. setiap orang akan berubah cuma saya mahupun sesiapa tidak akan tahu perubahan yang akan terjadi itu adalah seperti yang bagaimana. kadang- kadang dalam hidup ini kita terlalu dibawa emosi lalu jadi seorang yang bukan kita yang dulu lagi. cuma saya mahupun rasanya seluruh isi alam ini inginkan sesuatu perubahan itu haruslah sesuatu yang indah untuk dikenang dan manis untuk ditelan.

seringkas-ringkas perbualan alam maya itu telah sedikit sebanyak membuat saya berfikir secara positif mengenai hidup yang saya sendiri sememangnya tidak pasti panjang pendeknya, hitam putihnya, pahit manisnya, tinggi rendahnya, baik buruknya namun yang pasti setiap kesukaran itu pasti akan berakhir dengan sesuatu yang indah! 

awak, sesiapa pun awk yang akan sentiasa setia bersama saya rasanya masih belum kenal cukup-cukup diri saya yang sebenarnya. justeru jangan cepat ingin mengenali siapa saya disebalik tulisan kata hati yang sentiasa penuh dengan luka berbirat dihati malah rasanya telah tertinggal banyak tanda lebam tak tertuam oleh sehelai kain basah. saya perlu keras sedikit sahaja lagi sebelum cukup kuat untuk berjalan seiringan dengan awak.

Tuesday, March 13, 2012

isi hati yang x indah.

malam ini air mata ini menitis lagi!. maaf saya x cukup kuat untuk berpura-pura rasa x pernah terluka oleh perbuatan awak selama ini.

maaf sangat-sangat kalau apa yang tertulis di sini hanya membuat awak rasa terbeban..maaf awak, saya x pernah sengaja melakukan semua ini. cuma hati saya betol-betol telah rasa kosong oleh kenangan lalu.

kalau lah awak baca segalanya yang tertulis di sini apa yang awak akan rasakan?? saya selalu terfikir persoalan tanpa jawapan ini!!

awak mampu tersenyum bahagia di sana. memang saya di sini juga tersenyum sama. tapi sama kah erti senyum kita berdua?? saya sakit kerna awak!

seminggu lepas saya buat part time untuk sibukkan diri! tapi saya x boleh bohong hati sendiri. mata ini x pernah lepas melihat kemesraan setiap pasangan yang keluar masuk kedai. jujur saya katakan saya x mengharapkan setiap kemesraan sebegitu cuma satu pengakuan paling ikhlas dari awak!

ya Allah ya Tuhanku, engkau kuatkan lah hambamu ini, engkau berilah aku petunjukmu.Amin.

saya x sangka awak setegar itu untuk terus berlalu bersama janji atas setiap perkataan yang awak ucapkan.. sempurna, cukup sempurna!! sehingga saya benar-benar yakin awak selayaknya mendapatkan hati keras yang x pernah berpenghuni ini. silap, ternyata saya silap! silap memberikan hati pada yang x pandai untuk menghargai setiap zarah darah yang mengalir di dalamnya. sure, saya hampa sangat2!

mungkin selepas ini, saya akan susah untuk jatuh cinta lagi! sebab ada bayang-bayang suram yang x lengkap mewarnai sejarah cinta pertama saya!! sabri, saya benci tapi rindu kt awak.

Tuesday, February 28, 2012

awak,
pernah x kenal seseorang yang awak suka tengok segala-galanya tentang orang tersebut? pernah x awak??


awak,
boleh x awak melupakan orang tersebut tanpa apa-apa penjelasan? boleh ke awak??


awak,
kalau tiba-tiba dia dia datang dan pergi dan datang sekali lagi sebelum pergi dan pergi untuk x akan kembali lagi, rasanya awak boleh ke teruskan hidup bersahaja seperti perkara itu x pernah berlaku walhal hal perkara itu baru sahaja semalam berlalu? sejujurnya awak akan anggap itu hanya perkara biasa ke walaupun dalam hati awak rasa terluka?


awak,
mungkin cerita cinta yang terputus di tengah jalan ataupun cinta yang x kesampaian dengan jalan cerita yang indah sudah biasa awak lihat dan dengar kan? mungkin juga awak sudah ralat sehingga kadang-kadang jika ada seseorang yang bercerita soal hati, awak sebolehnya seperti ingin sahaja mengatakan bahawa betapa BOSANNYA awak dengan cerita itu.


awak,
tapi awak tau x, dulu saya pon pernah sahaja dengan senangnya mengatakan perkara yang sama. tapi lihatlah bagaimana saya pada hari ini. untuk menidakkan ianya pun sahaja sudah tidak mampu untuk menuturkan walau sepatah kata.


awak,
kalaulah awak tahu pada hari ini bahawa betapa sakit dan terlukanya saya hanya kerana sebuah cerita cinta yang tewas! kalah tanpa permulaan yang indah! hancurnya hati ini apabila sahaja langkah itu menjauh tanpa apa-apa kata. hina sangatkah diri ini sehingga begitu tegar dia pergi tanpa kata putus.


awak,
x mengapa kalau sudah itu yang tersurat antara kita berdua.rasanya membenci itu bukan cara yang terbaik.dan menangisi perpisahan itu x akan mengembalikan semula sesuatu yang x pasti.namun kalau masih ada tersimpan sisa pengertian dalam hati dia, diri ini masih ingin kan penjelasan kenapa perlu berlalu tanpa pamitan kerna tingkah yang sebegitu tidak wajar untuk seorang yang masih sedar dirinya seorang lelaki!.









Monday, February 27, 2012

YES I'M CONFUSE

THANKS!! terima kasih banyak2 sebab dah sedarkan siapa diri saya yang sebenarnya dalam hati awak!!..betol la kata orang, seribu tahun pon bercinta belum tentu dia jodoh kita. (erkk??kita dh seribu thn ke bcinta??)..


awak bukan 1st love saya. awak pon bukan 1st sight dalam hidup saya. bukan nak kata saya dah banyak kli bercinta..xpena pon!! saya ni buta dalam mengenal apa erti cinta tu sebenarnya. apa itu CINTA pon saya xtau..tapi bila dah jatuh cinta baru lah tau rasa manis, sakit n segalanya..mungkin dalam bercinta ni hanya satu rasa sahaja yang saya suka, RINDU!!(dalam sakit ada manis)=)


jangan risau awak, saya xpena benci awak walau sedikit pon..cuma mungkin nk buang perasaan ini akan amik masa yang buka sedikit sebab sapa suh awak curi lagi hati saya pastu bia saya tertanya-tanya sendiri apa salah saya, apa kurang saya pada awak sampai awak buat saya begini!!saya belajar untuk menerima hakikat bahawa mungkin perpisahan ini yang terbaik untuk saya dan awak..


sebab kita dah berpisah saya dah putuskan tuk buat semua perkara ni:
1> x akan msg n call no.phone awak lg!!
2> x akan tgk fb awak lg!!
3> x akan amik tahu apa-apa pasal awak lg!!
4> kalau awak tiba-tiba satu masa tergerak untuk call or msg saya, saya akan try tuk x reply!!lgpon no.phone awak saya dh block dalam list hp saya!!
5> saya akan padam semua kenangan yang melibatkan antara saya dan awak!!


sekarang ni saya x nak fikir apa-apa lg perkara yang melibatkan tentang hati dan perasaan lagi. bukan frust atau dh mati hati, tapi nk fikir pasal benda lain lg.


wish awak akan jumpa someone that special untuk awak kecuali bukan saya orangnya!!