Monday, April 23, 2012

rindu!

saya balik kedah semalam. sampai di sini petang. memang tidak ingin pulang kesini jika di turut kata hati ini.
tapi, saya masih lagi dalam penjara untuk menggengam segulung ijazah

pulang ke sini bermaksud saya hilang segalanya. tiada kereta. tiada hiburan. tiada kakak tersayang. tiada lagi lampu indah-indah. tiada lagi bangunan tinggi mencakar langit. tiada jalan-jalan waktu malam hingga dinihari. tiada lagi suasana damai metropolitan. yang ada hanya suara harmoni unggas dan hijau daun-daun!. =)

tiada kawan-kawan teman berjalan. tiada istilah downtown. tiada tonton wayang di pawagam. tiada lepak sambil cerita-cerita di putra. tiada teman di sebelah yang pening-pening atau nervous tengok saya sampai langgar lampu isyarat walhal kereta bapak polisi ada di sebelah.hahaha~~ :p RINDUUUU

tapi sebenarnya tak mengapa. sebab saya sudah biasa. sebelum ini semuanya ok saja walaupun semua itu tiada. saya sudah biasa rebut-rebut naik bas tak kisah lah pergi kelas atau bandar. sudah biasa jalan kaki ke pusat sukan untuk melepaskan gian berenang saya yang gila-gila ini. sudah biasa makan meggi cup. sudah biasa makan makanan yang sama di kafe misc. sudah biasa boleh pandang luar dari tingkat atas ini sahaja. semuanya saya sudah biasa. :')

saya suka tempat ini. tapi saya juga suka tempat itu. saya suka cara hidup saya di sini. dan saya juga suka cara hidup saya di sana. namun jika di beri pilihan, saya akan pilih di sana. sebab saya telah temukan sesuatu yang di sini saya tidak pernah temukan. saya lama di sini tapi jarang hati saya di sini. bukan tidak bersyukur, tapi hati saya berat katakan saya keras untuk teruskan hidup yang tersisa ini di sana. di sana saya belajar untuk berusaha tapi bukan bermaksud di sini saya mati untuk terus berusaha. tapi saya masih yang dulu. bandar besar itu mengajar saya untuk terus berusaha dan keras untuk maju kehadapan. itu dunia saya. kata saya dalam hati dari dulu sampai sekarang tidak pernah berubah. cahaya lampu neon itu sepertinya membawakan saya semangat baru. amin~~


Friday, April 20, 2012

kehilangan yang perlu di hapus dalam ingatan

hai awak~~

hujung minggu ni genap 2minggu saya kat kota besar ni. separuh hajat ku tertunai. separuh tak kesampaian. 
hurmm~~ awak rasa saya sedih tak? rasa hampa tak? kenapa perlu ya?. entahlah saya sendiri rasa kosong.
sebab itu entri ini langsung tak di sentuh.

lalu saya fikir. memang perkara tu penting ke?. akan kurang kah kasih sayang kakak dan adik saya di rumah ni?. tak kan. jadi saya perlu positif. saya masih mampu rasa gembira sangat-sangat saat 2minggu ini. kalaupun
terpaksa keliling kota ini sendirian saat kakak saya tak dapat bersama untuk jadi teman, rasanya saya masih mampu berjalan sendirian. bukan kah kita akhirnya nanti akan sendirian juga kan!

ya, jujur saya sangat bahagia di sini. dekat dengan orang yang sangat besar pengaruhnya dengan saya. rasa ini yang saya sangat rindu. rasa ini yang buat air mata saya mengalir. dan rasa ini yang buat saya jadi terlalu sensitif 
orangnya. 

hendak pergi dari sini saja sudah jadi sebuah ketakutan untuk saya. jadi saat yang sangat menyedihkan untuk saya. bila akan bertemu tidak pasti lagi. kadang-kadang terfikir kenapa saya pilih tempat yang jaraknya sangat jauh. hihihi~~ sebab itu, kadang-kadang saya susah untuk buat keputusan hendak datang ke tempat ini.

di sini terlalu banyak kenangan. ada keluarga. dan ada memori dengan dia yang telah jauh dari saya.
tapi saya sudah nekad tidak ingin untuk terikat dengan kenangan itu lagi. sangat sakit dan melukakan. mampu merembeskan darah dari luka yang telah lama mati. serius, saat itu walau telah mati dalam cerita hidup tapi selalu segar dalam diari semalaman saya.

Friday, April 6, 2012

Thursday, April 5, 2012

Tinggalkan Ku

tak biasa diam terus. itu bukan saya. sangat-sangat tak serupa saya.
tapi kamu xpaham!. langsung tiada pengertian.

tak perlu ungkit salah siapa. dua-dua ego. tapi saya tidak sekeras kamu.
bukti? tak perlu. kalau memang kenal perlu ke buat-buat tak kenal?
kenapa baru semalam dua kita kenal? nampak sangat tipu!.

saya tahu. kamu memang sangat tidak kenal diri saya yang sebenarnya.
banyak sangat dalam senarai kamu. entah saya ini yang ke berapa agaknya.
tak mahu ambil tahu. terpulang kamu saja.

saya takut masa saya semakin suntuk. hampir menitiskan air mata lagi. :'(
tapi kamu masih yang sama. mahu tapi bisu. sampai saya kadang jadi keliru. rasa sendiri di sini.

handphone saya memang touch screen. sampai ada masa rasa nak baling jauh-jauh saja telepon tu.
ingat saya tak penat ke dail nombor kamu? ingat saya saja-saja nak telepon kamu?.
sebab rasa lain jadi saya perlu buat panggilan. tapi kamu tak sambut. jangan sampai nanti kamu rasa kesal.
masa tu dah tak guna. mustahil yang tiada datang lagi. saya tak main-main. apa lagi tentang hati.

memang hidup kita tak jangka. tapi tak mustahil apa sahaja boleh kan? kalau kamu baca ini, jangan nangis.
saya dah cuba yang terbaik. saya tahu kamu pun sama. tapi tetap rasa terkilan. sudah banyak hari saya tak tido malam. takut. takut esok tak bangun lagi. cengeng kan? peduli. saya memang camni.

sedihnya kalau esok saya telah tiada. banyak lagi list dalam hidup saya tak buat. mak ayah saya sangat sayang. belom lagi balas jasa. belom lagi bagi kebahagiaan dari saya. belom lagi buat mereka senyum bahagia tengok saya berjaya sepenuhnya.

nanti macam mana dengan rancangan business saya. 12perkara yang saya ingin ada. impian berumah tangga. ada anak dan suami. keluarga yang bahagia. saya nak belajar masak. saya langsung tak pandai memasak even makanan kegemaran saya dan yang lain. sedihnya.

sekarang jauh dari family. jarang sangat balik kampung. mesti saya sedih. semua pun sedih. kamu pun akan sama. tapi tak tahu. mungkin sekejap sahaja. eiii,kadang sakit hati dengan kamu.





Tuesday, April 3, 2012

demam

assalamualaikum

rasa lama tidak menulis di sini. rasa sahaja. mungkin ya. mungkin tidak. apa pun saya demam.
rasa kurang yakin untuk duduk terlalu lama menghadap laptop ini.

demam buat saya rasa diri ini terlalu kecil dan lemah. penuh hampa. tapi masih sempat melayan sms-sms kawan-kawan yang lain. kerana demam itu juga, saya skip kerja. skip buat thesis yang belom 1/4 pun siap itu. pendek kata semuanya tergendala.

cuaca dalam kota sintok ini tidak menentu. boleh sahaja pagi ini cerah. tengahari itu terik. tiba-tiba petang itu hujan turun mencurah-curah bersama petir dan guruh sekali. indah kan, dalam masa sehari saja penghuni di sini boleh merasakan sekaligus tiga perubahan cuaca yang drastik. syukur, anugerah tuhan itu tiada tolak bandingannya.

hati penulis entri ini juga sering berubah. berubah 360 darjah. perubahan yang tidak disengajakan. kelemahan yang entah akan bakal mengundang apa pula selepas ini. menaip entri ini bersama lagu serabut yang lekap kuat di telinga besama bunyi guruh yang berlumba-lumba memecahkan perasaan pelbagai di hati setiap penghuni sintok.

Tuesday, March 27, 2012

Dia,
berkenalan secara tiba-tiba. serius sangat tiba-tiba dan tidak pernah dirancang. di suatu tempat yang saya tidak pernah duga. tapi Tuhan sudah tetapkan pertemuan ketika itu. saya terima dengan senyuman.

Dia,
lelaki pertama yang saya serius rasakan serasi dan tiada penyesalan serta perasaan ragu-ragu malah bersyukur dia menjadi teman makan malam ku pada 18hb february 2011. >LADIES GUEST NIGHT< itu nama dinner pada malam itu yang saya perlu hadiri. dalam erti kata lain, WAJIB!. fikirku, dia sesuai untuk hadir ke majlis sebegitu kerana dia bijak membawa diri dalam function sebegitu. =)

Dia,
rasanya telah menjadi sebuah memori yang perlu diingati dan dikenang untuk seumur hidup ini. perjalanan hidup sebagai seorang antara ribuan mahasiswa menjadi lengkap dengan hadirnya. anehnya, saya tidak pernah merasakan lebih dari sesuatu yang jauh dari makna kawan dengannya. rasanya dia juga sama seperti fikiran ini. cuma pandangan orang di luar sana yang pelbagai tidak mampu untuk saya atau dia baca. saya tidak ingin berbohong, bukan tiada kawan wanita saya yang cuba bertanya dan menelaah status perhubungan kami, tapi apa yang boleh saya berikan sebagai jawapan jika bukan 'kami hanya kawan wahai kawan-kawan ku sekalian'. susah sangat, anggap sahaja kami teman tapi mesra. atau saya yang buta membaca hatinya?

Dia,
mengenalinya dan dekat dengannya membuat saya kadang-kadang keliru. saya belajar untuk memahaminya sedalam mungkin tetapi ternyata apa yang saya rasakan, semakin saya ingin memahaminya, semakin saya tidak terbaca fikirannya. hypothesis yang terlalu negatif!. mungkin kerana kami berdua adalah daripada kutub yang berbeza, membuat saya kadang-kadang celaru dengan tutur katanya, laku gayanya dan layanannya. sungguh saya wanita tiba-tiba merasakan kaum adam lebih complicated berbanding hawa. baiknya dia mungkin kerana merasakan saya kaum lemah yang perlu dilindunginya.


Dia,
terlalu baik. tidak terlintas untuk saya pergi jauh dari dia. tapi jika suatu masa, dia meminta untuk meninggalkan dan ditinggalkan, saya akur. kebaikannya serta sifatnya membuat saya akan sentiasa menghormati setiap kata putus darinya. jujur saya katakan, mengenalinya satu anugerah yang besar maknanya untuk seorang wanita seperti saya. mungkin kami akan jauh suatu masa nanti, tapi setiap kenangan yang tercatat antara saya dan dia sebermula dari bumi utara peninsular ini sehinggalah ke borneo tanah lahirku nun jauh di seberang laut china selatan sana akan sentiasa segar dalam lipatan sejarah hidup saya.

Dia,
sentiasa ada bersama saya diketika saya sangat memerlukan seseorang sebagai peneman. kata sahaja apa saya ingin dan walau di mana sahaja saya berada, prinsipnya pada saya "insyaAllah wak, kalau dapat dan tiada halangan saya datang". perkataan itu selalu dia ucapkan pada saya. dan selalu menjadi kenyataan. ingat lagi saya, jarak itu sangat jauh dan mungkin mengundang bahaya padanya. tapi pada hari BESAR itu, dia berdiri di depan saya. apa harus saya katakan lagi? saya, tiada keluarga yang hadir untuk melihat kejayaan kecil-kecil itu yang memerlukan saya berkorban besar-besaran untuk meraihnya tetapi dia hadir sebagai seseorang yang bukan juga tetamu tapi cukup saya katakan dia terlalu 'istimewa' untuk hari itu dan selamanya. mungkin keluarga saya tidak mampu menghadiri hari ulung itu, tapi Allah tidak pernah kejam pada hambanya. Tuhan utuskan dia untuk saya hari itu sebagai hadiah yang sangat tidak ternilaikan. ingat lagi saya waktu itu, saya sangat terkejut. kelu. diam seribu bahasa. lalu saya tersenyum manis padanya. itu sahaja yang mampu saya berikan. AWAK, kalau tiba-tiba awak terbaca entri ini, dan kebetulan masa ini adalah sudah menjadi tidak sesuai untuk awak membacanya, saya minta maaf sangat-sangat. tiada niat lain melainkan di sini saya ingin mengatakan "terima kasih banyak-banyak untuk semua kenangan yang awak berikan kepada saya"

Dia,
penuh dengan kejutan. kejujurannya dan keikhlasannya menambat hati saya. tapi jika untuk menjadi seorang kawan itu sudah cukup antara kita, saya terima dengan ikhlas dan hati yang senang. duduk seorang tidak menunggu sesiapa, lalu dia muncul di hadapan saya!. terkejut kan?. saya terdiam. hari ini dia muncul dan duduk bersama saya di hadapan bangunan uum varsity mall ini. sekejap, terlalu sekejap dan mungkin hanya untuk seketika saya rasakan. cukuplah. saya tidak akan meminta yang lebih lagi. rasa bagai saya bermimpi, masakan dia yang jauh nun di kota metropolitan sana ada di depan mata. tapi dia telah buktikan bahawa yang dia benar-benar datang walaupun bukanlah atas suka-suka melainkan tanggungjawab kerja, tapi keikhlasannya untuk mencari saya semata-mata untuk bertemu pada petang yang benar-benar mencemburui pertemuan saya ataukah dia itu sudah terlalu cukup buat saya terdiam dalam fikir sesuatu. sungguh tak tipu, petang itu saya lihat dia sangat ikhlas untuk datang bertemu saya. lalu saat menaip entri ini saya terfikir sesuatu 'pernahkah untuk melakukan sesuatu yang berkaitan dengan diri ini dia tidak pernah ikhlas lakukannya?'

Dia,
cukup istimewa hadir dalam hidup saya. saat saya rasa saya tidak berteman selain Allah, dia hadirkan diri. sungguh walaupun dia bukan kekasih tetapi bukan sekadar teman biasa. melainkan terlalu istimewa!. sebagai seorang wanita dan teman, saya sayang awak.

Awak, ini yang awak berikan selalu kepada saya melalui mesej dalam handphone kan....thanks. =)

------------'<@

                          


Wednesday, March 21, 2012

-pujaan hati-

kenapa saya terlalu kerap dengar lagu ni? sudah tiada istilah jemu ke dalam kamus hidup saya? tahun lepas saya baca sebuah novel, watak lelaki novel itu sangat meminati lagu ini. saya terpanggil untuk mendengar lagu ini disebabkan terlalu berfikir kenapa sseorang penulis wanita meletakkan lagu itu sebagai lagu yang sangat di minati oleh watak lelaki tulisannya?

justeru, saya buka youtube dan cari lagu nie. berhasil, saya temui dan terus tekan button play. saya sengaja memainkan video yang mempunyai lirik.senang faham fikirku. dan sungguh, saya terpaut dengar kali pertama dengan lagu ini. dari tarikh itu, sudah hampir setahun saya dengar lagu ini tanpa ada rasa jemu.

setia ke saya? atau sudah tak paham erti 'menerima' dan 'merelakan' kah saya?. buka mata angkat kepala dan pandang depan ila, buka hati pasang niat dan mulakan dengan yakin insyaAllah semuanya akan baik-baik saja.  

>>PAZILAH SAKIBUN, HIDUP INI UNTUK DIJALANI BUKAN UNTUK DIPERSIAKAN<<

-------------'<@